Monday, April 30, 2012

Dari Anas r.a, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)". (Riwayat Muslim)

Saturday, April 28, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Mood:My entusiasm,my passion, my strength

Bersama mak angkat saya yang sangat memahami..Mak cik Lijah. Beliau sangat memahami dan saya telah siap buat tampalan kesemua gigi berlubang, scaling gigi,buat gigi palsu atas dan bawah dan akan buat root planning, coming soon..
Berbincang semasa CFCS Family Day..kind of good works by all 5th year dental student USM,Kelantan. Dr Azizah also there discussing something regarding the problems facing by our foster famili members. ^^,
Again.. hehe
Medical part also.. hehe, during 2nd or 3rd year..forgot olredi
Me in pink hijab, taking the random blood sugar..^^,
5th year dental student
i love this capture very muchh..hihihi

Sunday, April 22, 2012

My next aim after Pro 3..insya'Allah..

Salam... siapa je yang tak nak kahwin... kann My next aim..Insya'Allah.. Isteri solehah ^_^ http://www.youtube.com/watch?v=xHiQhJ14tNY

Saturday, April 21, 2012

Satu titik dalam satu garisan infiniti

Muhasabah diri: Kita sering mengimpikan kejayaan dunia tapi kita lupa mengimpikan kejayaan akhirat. Dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi. Seimbangkan kejayaan dunia dan akhirat. InsyaALLAH,berjaya kedua-duanya. Dunia dan seisinya ibarat satu titik dalam satu garisan infiniti yang masih panjang. Masih panjang rupanya perjalanan ini yang harus ditempuh. Banyak lagi alam2 yang seterusnya..contohnya,alam barzakh,alam akhirat. Renungkan dan selamat beramat ^_^

Thursday, April 19, 2012

“If a child lives with criticism, he learns to condemn . . .
If a child lives with hostility, he learns to fight . . .
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive . . .
If a child lives with pity, he learns to feel sorry for himself . . .
If a child lives with ridicule, he learns to be shy . . .
If a child lives with jealousy, he learns to feel envy . . .
If a child lives with shame, he learns to feel guilty ...

BUT

If a child lives with tolerance, he learns to be patient . . .
If a child lives with encouragement, he learns to be confident . . .
If a child lives with praise, he learns to be appreciative . . .
If a child lives with acceptance, he learns to love . .
If children live with approval, they learn to like themselves..
If a child lives with honesty, he learns what truth is . . .
If a child lives with fairness, he learns justice . . .
If children live with recognition, they learn to have a goal.
If children live with sharing, they learn to be generous.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him . . .
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live . . .”

― Dorothy Law Nolte, Children Learn What They Live: Parenting to Inspire Values

Tuesday, April 17, 2012

Final year dentistry_USM part1

Salam semuaanya..

Today I learned a lot!
I 've done cantilever bridge to my patient..basically, the abutment tooth preparation..
Alhamdulillah everything's fine..Just a bit tidious work to do the temporary crown using Protemp..
where I need to repeat multiple times due to fracture caused by undercut on the tooth preparation...then my chinese friends give me their hands to help me..till 2pm..which is the end of our lunch hour..
Then some of them, buying me bread to lunch..
I'm so touched...
In evening session of clinic which starts from 2pm-4.30pm, I just doing class I amalgam and class I composite resin..not enough time to do extraction of badly broken tooth with mobility grade II..

I want to be a great dentist..Insya'Allah..

Pray hard, work hard, study hard..

Allah will ease our way...

Thursday, April 12, 2012

99 days away from RAMADAN :)

sapa xganti posa leh la gantii.... :)
approaching ramadhan...
approaching profesional 3 too...
go baby,u cn do it..

Monday, April 9, 2012

Tahun akhir_doktor pergigian

Salam...
Harus bagaimana?
Nak ubah diri menjadi sepantas, secepat dan setangkas mereka?

Nak kejar requirements tersebut..
i want to sit for final profesional3 this july..
don't want to stay any longer..

I have many more things to do besides living here in Kelantan..
huhu.....
I want to graduate this year, so I need to speed up myself, taktaula nak masukk gear brape ehh..............
caiyok!!!
mimi_junid

Monday, April 2, 2012

kpd rakan2 yg ada anak, yg akan ada anak, bacalah..*

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.