Friday, July 16, 2010

Salam sumer..
Hari jumaat, meaning that no class but a lot of tasks are waiting for me..
Seminggu bermula klinikal posting di HRPZ II dan khamisnye ade klinik kat dental clinic..penat aih!

Tdi pas solat subuh..smbung tdo terus..ape nak jadi daa~

Pastu bgn pon dah pkul bpe..erkk

Bgn, mengemas buku2 yg bersepah2 ats meja, susun buku, mandi, makan n basuh baju..

Rutin ku hari ni..sme je kot mcm org lain..

Xjumpe lg patient nih...

Susah la..kite yg kena cri patient..dlm waiting list yg dah berkurun lame nya, kes y sethn dan dua thn dlu pon ade gak lah..
so, rmai yg x de respon..
pelik btul la sistem..
org yg dtg klinik, supposely, terus je la treat..ni kena tggu bpe lme daa..

too many procedures..too many forms to filled in..
penat aih..assistant y sgt penat..

Next week aku operator, tpi tu ah..x jumpe patient lgi ni..cmne??

Susah btul la..bgi jela kat ktaorg..list yg latest.

Nanti mcm2 la perangai mse hari temujanji..ade yg xdtg la dan mcm2 lagi la.

Sangat penat!!!!!!!!!!!!!!




Wednesday, July 14, 2010

This is my 183th post..

Sorry for the rude words that I had expressed for past few days..

This week is very terrible for me as dental student, being scolded almost everyday..with such unacceptable ways of teaching method..

Patutlah ahli psikologi selalu berkata: Dengan menghukum atau memarahi, menjadikan seorang manusia itu tidak patuh dan memberontak..

Similar to my case..

Mmg tidak dinafikan manusia punya banyak inisiatif dan pendekatan yang berbeza dalam mencapai sesuatu objektif tetapi bukan semua manusia juga boleh terus berdiam diri dan bertahan apabila sering mendapat layanan atau diperlakukan dengan sesuatu yg tidak boleh diterima..

Pendek kata bahasa kasih sayang itu berbeza kepada individu berbeza..dan bahasa teguran yg boleh diterima dan tidak dapat diterima..
bak kata orang juga, berkata biar berhikmah..

Me???

Aku memang tak boleh terima org y tegur secara kasar dan kadangkala memalukan pihak yg ingin ditegur..

Berjiwa sensitif dan apabila aku dibuat sebegitu..for sure I can't tolerate..
Marah biar bertempat dan betul pada kesalahan..

Semua org buat salah..
Nothing wrong with the mistakes terutama masa student life..
Itukan proses pembelajaran..

So, you also make mistakes, me too..

Tapi cara mengajar tu biarlah...BETUL..
Dah tak tahu nak kata mcm mana lagi..

Korang tak paham apa yg aku ingin sampaikan pon..xpela..
At least aku paham..apa yg aku alami sekarang ini..

Bertahan untuk 3bulan yg menyakitkan jiwa dan hati ini..
Dahle berdiri je dari pagi sampai petang..

I'm not goin' to be medical doctor.. I just want to be dentist..

Benci sgt2 diperlakukan dan dianiaya sebegitu rupa!! Nothing wrong learn medical knowledge, being assesed everytime again and again but to do the same exacty as what my medical friends ..this is very terrible..round ward..progression of patient..medication..
Pasai penyakit2 jantung, denggi, malaria, penyakit2 pernafasan dan semua jenis penyakit yg pelbagai itu..membuang masa aku je..Bukan nya aku apply pon benda alah tu..
penat otak dan fizikal setiap hari..buat sesuatu yg diluar bidang aku..for what? Nasib ada doktor2 yg fahami kami.. terima kasih docs :)

4tahun belajar medik dan melalu peperiksaan SAMA seperti medical student..dah cukup memeritkan..
Inikan nak suruh lagi posting kat wad2 tertentu..
Aku cuba fahami tapi..sebenarnya memang tak releven langsung..ada sedikit je berkaitan dgn dentistry..
Lagipon jika ada pesakit gigi yg mengalami masalah medikal pon..kami kena refer juga pada medikal part..tak boleh manage sendiri..

Macam nak nangis je..

Bape banyak dah air mata ni mengalir...

End




He's terrible..

I hardly respect to someone like him..hilang terus respect aku..
even dia head of medical depatment..so what??

Tak terima penjelasan student langsung..
BENCIIIIIII!!!!!

aku memang xsuke org y sombong..
ade rmai org lagik hebat dri die..
xperlu nak ego!

Aku bukan nak jadi doktor medikal pon..aku nak jadi dentist..so what??

dean y terhegeh2 paksa ktaorg menyibuk kat dia pye depatment..
Ade aku teringin sgt nak pi ctu???

No way!

USM very terrible..

Ini bukan mengajar tapi menganiaya..

Dental prosedur pon terkapai2..ade hati nak suh ktaorng menyibuk medikal side..dah la kat HRPZ II pulak tu..

X boleh nak argue dgn dia langsung..semua dia je btul..kepala dia je betul..

Digeruni semua kot..

Aku xtakut pon dgn dia..
tpi cara dia tu, buat aku meluat..

Pasni peaditrik pula..sibuk ke wad kanak2..
pastu menyibuk kat wad pembedahah@ surgery
pastu radiologi..

Buat semangat aku luntur je..

Penat la belajar..
kalo bagi 2 degree..xpe ah jgak..
medikal degree + dental degree

otak aku dah sakit dgn medik...asyik2 medik

nanti kat klinik gigi pulak..kena sound mcm2 la..
bestu..dah dean y bengong tu..
gila nak merebut piala diraja..
nak seorang ..dua pelajar terbaik

Habis..berapa puluh org kena repeat year...setiap thn..

Xyah la antar anak korg kat USM..terutama kalo pergigian ah..

hampeh je kot..

belajar separuh mati..
muntah2...

Pon kena thn org halau kita...

Beradab sket xboleh ke?

tolong la paham kami..
kami teraniaya..tahu tak??








Monday, July 12, 2010

Busy sgt..supO houseman kot..

Waaaa~

Esok kena present long case lagik ni..aiyok, cardiac failure lagik..
get prepare je..ni pon bru bgn tdo...td mmg pengsan a.k.a tido x sedar diri

dah le pg2 kena dating ngan dato', siap suh aku pi jumpa dia personally lagi , kt department..yg juga ade clinic kt ctu..

Esok dato' dr. expected to coming loh..

Haiyaa!

Bersedia menerima segala2nya dgn hati yg redha..hrp bole establish good rapport le..

He's goin' to be my group's supervisor for this posting..lagi la kan

Gud luck to me!

Cuak je kot.. mne penah jmpa org2 besa ni..dato' dr nih..


Sunday, July 11, 2010

In the name of ALLAH the most gracious, the most merciful

Catatan ringkas hari pertama medikal posting di HRPZ II

Pagi....dibahagi kepada 3 kumpulan kecil,
Group A ^_^: 6org
Group B : 6org
Group C: 5org

Ketua posting ialah aku..huhuhu..
Semua pon refuse nak jdi ketua..so, sy lah..try my best to be good, responsible and nice leader..erkk

Jumpa specialist 1: Dr. Mansor..diberi briefing...yg memang sgt brief..

Sampai ke wad...macam2 kes ada..alamak..nasib supervisor group A di oversea..expected to arrived esok or lusa..

Nak tahu x siapa supervisor aku.. Dato' Dr. Rozemi..ketua depatment tu..
waaaaa!

Sangat takut...orgnye byk tye..tapi diorang kte la..persis seorg ayah juga..Tegas tapi baik hati sebenarnya..

Saya akan buat yg terbaik..utk mendapat keputusan y cemerlang..

Senior sy siap dpt "A" lagi bila exam dgn Dato' Rozemi..

Mantap x? Dental student tu...turut berbangga ^_^

Saya nak dapat "A" jugak!!!

Then jumpa senior , now dah houseman..Dr Nazrul Hisyam aka Ise (kelate version) dan akak sorang tu..tpi x ingat la nme..akak usrah..berkenalan pon mse semua usrah2 ade wat mcm perkelahan sambil menuntut ilmu keagamaan..

Merindui usrah..lme dah x join..

sebab? alasannya ialah sibuk..sampai bila pon, tetap sibuk kan..

Join bila ade perjumpaan besar-besaran jek..
aiyokk..at least pergi juga ye..dari xpergi kan..

Sedap sket kot, kalo ade yg sudi berkongsi ilmu keagamaan dgn aku..

Okla..that's all.

Patient kubicle aku tu..byk sgt diseases diorang..kesian..

tapi takut juga..terutama yg menghidap infectious disease@ penyakit berjangkit seperti TB, AIDS, HIV..

Ade polis lagi kat wad kitaorng tu..jga banduan sorang dalam isolation room..TB..

Biasanya la kan..TB ni utk org yg imuniti rendah seperti HIV @ IVDU (doktor x diiktiraf tu, main cucuk sana-cucuk sini..)

Semoga daku terpelihara..
Saya hanya ingin menuntut ilmu..
Diharap ilmu2 ini bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara...

Cita2 setinggi bintang di langit..

Bintang2 itu..andai dapat ku gapai..akan ku hargainya dan semestinya bersyukur atas kurniaan yg bernilai..

Tapi aku sedar aku punya byk kelemahan tatkala diri hanya insan yg serba kekurangan..

Mencari satu bintang yg paling bersinar dan bergemerlapan..ewahhh!!
hahaha

daa... byk kena study lg..
feeling lebih2 la pulak doh.

Aku wanita yg punya cinta di hati..

Saturday, July 10, 2010


Salam semua..
tido awal n bangun awal ye...

Esok sudah bermula posting medical di HRPZ II aka Hospital Raja Perempuan Zainab II..

Naik bas USM, pkul 7.30 am...balik pula 5.00pm

dan begitulah rutinnya dari hari ahad-rabu..

Khamis: pengisian untuk dental..siangnya lectures...mampat dan padat..
petangnya..sesi bertemu pesakit pergigian dengan temujanji..

Khamis depan baru turn aku..
Patient x jumpa lagi ni...xconfirm lagi jugak ni..

Serambut je otak tapi..kena dan haruslah menjalani dan melalui semua ini..

Posting yg menunggu ialah:

Surgery: sebulan
Paediatric: 2 weeks
Radiologi: 2weeks..

Bape kali nak aku ulang sudaa..sabar jela ye pembaca sekalian

ermmm..
Esok..kitaorang akan dialu-alukan oleh pihak hospital sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tengok Log Book yg mesti dipenuhkan tu pon dah cuak dan rasa nak termuntah je..

Begitulah..haruslah berhempas-pulas sebelum dapat mengenggam segulung ijazah:Doctor of Dental Surgery , USM graduate 2012..InsyaAllah..

Itupon, jika semua nya satisfactory..

Saya takot....sgt2

Perasaan bercampur-baur...

3tahun dah lepas..2 tahun yg menakutkan perlu ditempuh.

If u were me, then u will understand better..

Itu jela..hidup x selalunya indah..Langit x selalu cerah..

Begitulah adat kita sebagai manusia..belajar dan terus belajar..sampai ke liang lahad..

Semoga aku berjaya menemukan cinta sejati...

Mane tahu..ade "houseman" y single and available lagi ker..wahaha~

Masih bebas lagi untuk memilih kerana......aku juga tidak tahu siapa jodohku?

Mungkinkah org y sudah dikenali atau mungkin juga org y tidak dikenali...


Yang pasti.....

Bukan mudah aku jatuh hati terutama pada lelaki.

Kerana, aku setia jika aku cinta.

Dan hasratku agar dia memahami diriku.

Cinta bukan untuk memiliki..tapi kadangkala cinta itu ikhlas memberi pada yang selayaknya..

Daa...gudnite all!


Warkah Untuk Mu Adam

Wahai Adam


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......