Thursday, June 17, 2010

Bingkisan hati

Cerita-cerita suka duka aku

Tadi aje bru jumpa mak mertua kakak aku.. lemah-lembut orangnya..makan malam di rumah abang ipar.. kami dijamu sotong goreng, sayur campur, ikan bilis, ikan goreng, daging goreng dan tembikai yg manis@ lebih dikenali sebagai "timun" di kelantan
Diorang xmakan lagi..sanggup tunggu kami habis makan dulu, lepas tu baru turn diorang..bersalah pula rasanya..abah aku dah refuse pada mulanya..tpi abg syam a.k.a abg ipar beriya-iya ajak makan..so, memenuhi hajat mak beliau juga. Diorang ni baik sgt2..kadangkala aku ada masa tersesat join family diaorang, masing2,layan aku baik2 je..time kasih yer..
Saya menghargai org y menghargai saya..

Okey, sempat menjeling ke arah hantaran sebanyak 11 dulang, 90% siap.

Pengantin lelaki, adik abg ipar, pengantin perempuan,xkenal..
tapi dua2 org kelantan..dua2 juga dari tanah merah..hepi je tengok si lelaki tu..sonok nak kawin agaknye..aura bakal pengantin, esok mereka bakal diijab-kabul..Mabruk alaikuma.

2hari sebelum kejadian..
Berdukacita yang keterlaluan dari petang sampai keesokan harinya..hasilnya mata bengkak, pipi tembam, muntah dan mogok lapar..aku tak masak..padan dengan muka hampa..memang restless, terhuyung hayang haa..
Petang itu kesian akan mereka, masak juga la.. senang dan pantas, kari ayam.
Wah, rupanya pandai juga aku masak..
Pandai je nak masak lauk bujang ni. Nak lebih2, tunggu mak mertua ajarkan la nanti.
Itupun jika mak mertua sporting.. Kalu tak,refer buku masakan, internet, member2, or siapa2 y sudi nak mengajar..beres je kalau ada keinginan.
Ada dua rumah, 3 org dok umah len, the rest 4 org umah len..mcm ne tu??
Tak boleh cerita lebih2..
Aku kira the cook expert utk rmh satu lagi, lg satu parents la.

Kenapa aku sedih sampai begitu sekali ye?
Biarlah rahsia!!!
Hati yg mudah terluka dan sensitif.

Kalau dah menangis, susah nak stop..

Sebab? Banyak sebab yang kadangkala sukar untuk diluahkan.

Depression? Mungkin..

Masalah yang tidak ada penghujungnya? Mungkin

Banyak orang, banyak ragam..Sukar untuk memuaskan hati sendiri, hati orang juga..

Rasa tidak puas hati? Memberontak? No comment

Diri tidak dihargai? Disayangi? Entahlah :(

Ku mencari insan y sudi menghargai diriku..Masih adakah insan begitu?
Pasrah atas segala ketentuan Nya

Setakat ini sahaja dari negeri kelantan y semakin hari, semakin sayang..

Dah masuk bulan Rejab lah..jom puasa sunat..
Puasa ganti dah lama habis..kena rajin2 puasa sunat la pulak.

Tingkatkan amalan, kurangkan kontroversi.


2 comments:

  1. kita sebagai manusia sangat mungkin menghadapi saat-saat sulit, dan hanya dengan bersabar yang dapat membawa kita ke dalam ketentraman jiwa untuk melalui berbagai kesulitan dalam hidup.

    ReplyDelete
  2. Ya, sabar selalu dan berdoa untuk mendapat kebaikan atas dugaan yang menimpa.Terima kasih atas nasihat :)

    ReplyDelete