Tuesday, August 31, 2010

Salam semua..
alhamdulillah..
semuanya selamat selama 24 jam jugak la bertarung..menunggu kelahiran cahaya mata kepada En Syahrul Hisyam dan pasangannya Pn. Siti Juhaida..anak ke-2 mereka

Berat3.6kg..baby girl @ baby merdeka nih 1 Ogos 2010 aka 21 Ramadhan 1431H

Semoga bayi ini dilimpahi rahmat dilahirkan dalam bulan penuh keberkatan ini..
Semoga lahirmu ke dunia, bakal menjadi anak yg taat kpd kedua org tuamu, cerdik, solehah, penyejuk mata dan penawar di hati..Amin!!!

^______~ , saya suka baby girl..hee~

Monday, August 30, 2010


Salam..sape boleh tlg translate..xreti dah bahasa arab..huhuhu :'(
sket je phm..the rest..x pham..

Hari ni dah start radiology..
berkaitan ngn x-rayla, dari kepala ke kaki..MRI la CT scan la, angiography la,lagi Ultrasound la..Contrast studies la.. dan mcm2 lagi la..bpe byk kali "la" daa..

Learning is actually a continouous process..It is joyful, stressful and yet beautiful..
(mimi et al,2010)
wahaha..ade hati nak juga nama masuk kt ctu..biasa nye research person la..scientist ker..buat teori sendiri pastu.letak la mne diorg ..^_^

Percayakah anda jika aku nak wat kuih raya??
haha, unbelievable nih..aku co-helper jer..xreti!!#_#
tolong2 je...ni baru plan je..rancangnye nak wat samprit..tat nenas..lagi kuih corn flakes kot..pastu nama apa tah se lagi kuih tu..
Dlu penah wat samprit..caya x abg aku jadi chef..sedap gak tau..hihi.
Dia penah msak kek, lagi bakar roti, pizza..ermm..sedapnye..

Kawin ngn tukang masak..ok x?
Bole tlg msak kt aku hari2..
xjugak..chef di hotel ke restoren ke, xmestinye nak msak juga kt umah kan2??

Kan best dpt suami cm abah aku..dari segi skill masak ah..
Baran tu aku xbpe berkenan la..

Haa..aku ade baca psal satu buku tu CINTA di rumah Hassan al-Banna..on da way agi..padahal nipis je

Aku amik petikan jela dari kata2 pengantar penulis..
renungkan ye wahai kaum lelaki..

" Idea tulisan ini, bermula daripada wawancara yg saya lakukan dengan Ibu Wirianingsih, isteri kepada Ustaz Mutammimul Ula sekaligus, bonda daripada keluarga anak-anak yang menghafaz Al-Quran. Dia melontarkan kenyataan menarik mengenai bagaimana struktur pendidikan rumah tangganya dibina, yang ternyata merupakan hasil latar pendidikan suaminya.

"Yang membentuk mereka semuanya, termasuk saya, adalah bapa mereka. Saya hanya pelaksana sahaja.Ibarat membina bangunan, suami saya yang membina kerangkanya, lalu saya mengisinya."

Wah...hebatkan??
Aku tabik sama laki mcm ni..rendah2 kan lah ego anda wahai lelaki..demi terlahirnya generasi yang berguna demi agama, bangsa dan negara..Peluk dan ciumlah anak2 anda dari kecil sampai bila pon..curahkan kasih sayang anda..anda mampu melakukannya..Insya`Allah
A woman needs a man to guide her and the family...

Semua pon mengidamkan keluarga mcm ni..including me also...
^^,

Sunday, August 29, 2010


Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.



The best part starts here.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,

Maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah

rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka

mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,

Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,


Mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk belakangnya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,


Dan lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,

Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,

Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan
melabuhkan kain,
atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pulabentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,Maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,
iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan

meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar

untuk dijaga adalah wanita solehah


P/S: Begitukah??
Sob3..
tadi loss mse kat wakaf che yeh..
pastu enset abes bateri...
then pjm enset seorang kakak, call la kwn2 tu..
then berlari2 ke keta..
then sampai blik..
waaaa!! simkad sudah hilang..
nak nanges ah..
Cmne nak wat nih??
Abesla...
T_T

Huhuhu..mmg nak nanges...bergenang nih..cmne?
bule wat lagi x simkad sy tu??
Celcom u-pax..
even lembab kdg2 tu..sy syg kot nombor tu..
waaaaa..

Abes mood shoping hilang..
tdi beli baby nye barang, set baju ..hadiah utk new comer..insyaAllah..
coming baby girl..cute miut^^, mcm mak sedara nye..hua3
tdung 3psang..sepasang kasut, beberapa kerongsang..huhuhu

Mcm ne nih..??????



Saturday, August 28, 2010

Budak2 zaman sekarang!!

Cuba lihat di sekeliling anda..even bdk agi, tpi dah mature2 eh..
ye ah..mne tak mature..sume pon dah pandai..berkapel2...mengayat2..lagak cm org dewasa..pandai bersolek2 agi b4 nak pi sekolah..pakai perfume,mmg xleh bla toi..lagi ade gak pakai lip gloss tu..pandai melawa jek..tapi akademik hancus ....
ishk!!
dunia akhir zmn kali..

Aku sekolah dulu..ade gak kapel2 nih..ups..tpi aku xterlibat..
Sebelah pihak je..sebelah aku xlayan..
Nak belajar la katakan..
Lagipon, kapel ni x inspire aku ape2 pon..
Nampak je cm best tapi sengsara je kot..
Bila kes smpai kat ustaz ke cikgu disiplin ker..msing2 menuding jari..tu dulu ah
aku mmg hangat hati kalu kes cmni timbul..pandai buat, tanggung??
perempuan la asyik di malukan akhirnya..
dasar laki x berapa nak berguna kot mse tu..
aku mmg anti gle laki cmtu..sorry ah..
aku mmg cmni pon..pantang kalu laki lepas tgn.

Aku tya adik aku sorg tu..ktenye x de bf..
Tapi bule thn la melawa nye nak p sek je pon..
bersiap tu bole berjam2 la tgk cermin tu..
study?? erkk jauh sekali

Nape eh anak2 melayu mcm tu?
Pemalas, yg tahu bercinta kalah org dewasa..padahal SPm pon xlepas kot..
Esok2 ni..nak sara anak bini ngn pasir agaknye..
parents mewah x menjamin hidup korang mewah jgak nanti..
yg parents susah pulak caner?
Xtahu nak kte ape ah,,kalo adik aku tu,nasihat jek bule..
dgr xdgr tu diorng punya pasal la..
nasihat jela..hurmm..

Ade kes kwn2 yg free hair on facebuk tu..lagi aku hangat hati..dia pon nak tiru gak gaya cmtu..
adik aku sorg lagi tu pulak..pak turut la mengupload gmbr2 dia tu..
Mksdnye..mmg ade hati la kan dia tu nak free hair..
Sonok sgt agknye..org2 komen comei ke cun ke kiut ke..
wekkk..

dunia je sume tu..
akhirat nti abes kena bakar..masuk kubur jadi tengkorak jgak..
ape ada pada kecantikan..kalu akhlak dan keimanan itu ditolak tepi??
Sebenarnye bukan mata itu menipu tapi mata hati itu yg buta dgn mudah tertipu..
Dunia yg fana..
ni zman skg..

Zmn anak2 aku nti lak cmne??
Harapnye anak ikut mcm maknye..
sukar dipengaruh..xmudah terpengaruh







Friday, August 27, 2010


DOA

Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong
Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita
Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.
Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Thursday, August 26, 2010

Byk pulak post aku malam nih..
Well, baru2 ni kan ade kes ayah yg schizo(gila) sembelih anak nye yg baru berusia 3 tahun..
Ade dengar x?
Ni baru nak story la cket..
Tapi kesahihan cerita ni, aku xpasti, dgr dari org je tau..
Kalu ade salah, tlg btulkan..aku xtau sgt citer ni...
Mse kejadian, ibu tgh wat keje rumah..
Ayah..main dgn anak nye depan rumah..
Tiba2 ibu dengar suara anak menjerit2..lepastu terus senyap..
Ibu ke tempat kejadian, tengok leher anak nye dah hampir putus..si ayah mase tu dah cuba mengkelar lehernya sendiri jugak..
tapi sempat ditahan oleh jiran berdekatan yg bergegas ke tempat kejadian..

MasyaAllah..dahsyat betul cerita ni..
cube bygkan baby 3 thn kena kelar dgn ayah sendiri??
Ayahnya sakit "schizophrenia" dan pada hari kejadian, dia x mkn ubat..
Si ayah sebelum ni, xpernah ada kes cubaan membunuh ke, mengugut org ke..hape ke..tup tup, dah selamat sembelih anak sendiri..takutnye!!

Dan si ayah sgt menyayangi anaknye itu..

So, korang rasa la sbb ape kejadian ini boleh berlaku??

Sebenarnye penyakit sekarang ni, byk melibatkan masalah "mental". Manusia kini bila kurang menghayati agama..begitulah jadinya..Ada juga yg xtahu punya penyakit ini..Mungkin juga disebabkan benda2 lain ..Semua org punyaa masalah..dan ada segelintir yg xdpt nak terima masalah atau bebanan yg berlanjutan..menjadikan penyakit2 ini semakin ber+ saban hari..Byk juga golongan profesional seperti doktor2, dentists, cikgu2 dan prof. end up mcm ni..
Bila stress yg melampau dan tiada tempat mengadu contohnye,atau suka memendam masalah sendiri..bole lah menyebabkan penyakit gila ni..byk lagi sebenarnye selain penyakit ni..nak cerita lebih2 pon, nti korang x phm lak..one step at a time..Depression, Bipolar, Manic..dll

Walau apa pun..
Kalu tensen tu..bwa2 la mengucap, bca Quran byk2..doa byk2..semoga Allah memudahkan jalan kita di dunia dan akhirat kelak..Amin!!

P/S: Pesakit ini mendapat rawatan di HKB sebenarnya..Digari tgnnya dan lehernye ada kesan jahitan akibat cubaan membunuh diri sendiri jugak..
Lepas ayahnya sedar..mesti dia rasa menyesal dan serba salah kan??
Masa kejadian, dia mungkin sort of dengar suara2 yg suruh bunuh anak nye tu..
Nauzubillah..

Baca Quran menghindar dari penyakit gila.Aku pernah dengar la..

Lain org lain kepakarannya..

Seorang pakar kanak2 tu..berkata:
It's better if u taking medical @ dentistry in local rather than overseas..because the diseases are different..No such things as dengue, malaria, leptospirosis..in overseas..but these diseases are very common among our population..

Betul jugak apa yg doktor kata tu..
Doktor2 dari overseas tu,mmg nampak xreti buat keje..nampak mcm best je dari Ukraine, US, Russia..tapi diorang mmg x retila..huhu..laser dak??

Local doctors are better than them..
Sbenarnye ade kisah jugak..aku ngn houseman oversea ni.tpi malas nak citer lebih2..kang mengumpat lak..huhu
Sorry la, xleh nak citer..tpi mmg kes tak puas hati ah..tu la akibat malas dan main2..ingat doktor ni keje boleh melangut ke termenenung ke? melibatkan nyawa org tu..mne leh main2..

Aku dentist pon, kena study betul2..emergency ni bule berlaku kat mne2 je..even on the dental chair, patient can collapse, having heart attack? stroke?

Huu..bersiap sedialah..sebelum menempuh alam pekerjaan yg lebih mencabar itu.

Malam ni msuk 17 ramadhan..malam nuzul Quran..
Tingkatkan amalan, kurangkan kontroversi..salam..

Saya nak sambung oversea utk master nanti..pHD locally je InsyaAllah..^^~
Nak amik gapo?? hehe..look and see..

Kalu surgeon ok x??Maxillofacial surgeon
tapi kene strong medical basic..
& nanti anak2 and suami terabai..huhu..
sambung master ade 7thn..
keje triple extra busy..bule tolerate ke aku??hurmm

Paediatric dentistry?
Ngan budak2 dan yg ada penyakit cth mcm syndromes, cerebral palsy, congenital heart disease

Orthodontics:
Mencantikkan gigi org yg de masalah mcm ada space, crowding..

Prosthodontics:
gigi palsu..acrylic, cobalt chrome

Waaaa..tgkla cmne..




Salam..weekend la bende yg paling kurang stress.
hopefully
Next week, i'll be posted to radiology department for 2 weeks durations
Bored??
Hehe..belajar kena ikhlaskan diri walau cmne pon..
Then after Hari Raya Aidilfitri..will be posted to Surgical Department..a month duration.
Operation? Pembedahan? kat HKB jugak..
Dgr citer bdk2 yg dah posting ctu..ader 4 specialist team..black team, green team, red team, yellow team..
rasa2 nye begitula..xbrape igt udah..ada kepakaran masing2 la..ada team yg pakar bhgin neuro@berkaitan otak,saraf2, ada pakar GIT@ saluran makanan..perut,usus... ada pakar jantung, ada pakar ortho@tulang..
Whateva la..
Yang pasti..after surgery ni..akan ade exam MCQ..utk semua posting..they are medical, paediatric, radiology and last but not least, surgery

Wish me a best of luck!! @_@

Sabtu ni outing shoping rye..yeay!
duit sendiri le..kalu ada org support kan best??hoho
Grand outing agaknya..dari pg ke ptg..beli gapo?? Entahlah..kasut rya??seliper rye?? tdung rye??beg duit rye?? mcm bdk2 lak..beli kasut kuliah la,rya kat mne je..KL, kalu sempat pegi jhor la kot..lme gle dah xbalik kmpg mak aku tu..aku je..yang lain kelik sne sokmo dah..
Main boling?? best gak eh..^^, even masuk longkang sokmo!!
Lani..bule kecek klate doh..huhu
bagi nasihat kat pakcik tdi yg smoking..patient Nadiah..aku tolong je..sket2..
Loghat klate""
" Pok cik, berhenti la rokok tu"
Saya tak kuat mana rokok, 2-3 batang jah sehari

Kalu gitu, mudahla berhenti rokok tu, muga x kuat mne rokok

Yola, kita cuba la..

Pokcik, rokok ni xmolek la, kandungan dia tu mce2..lagi pulok, agama kita larang..
ye dak..muga pok cik pun dok hisap lme doh..berhenti la deh..

Pok cik pon mengangguk..

Semoga pakcik berjaya stop smoking!!!
Belajar2 lah berhenti smoking tu..xde maknenye..

Sayangi org yg menyayangi anda!!
Mencegah lebih baik dari mengubati..btuikan??

Gigi x comei kalu smoking..staining dgn tar dari isi rokok tu ah..

Bende yg kita tahu dah..patutnya kena beritahu kat org lain jugak..bukan takat gigi je..nafas berbau..Long term..banyak komplikasi..paru2 nye, jantung nye, kanser mulut nye, kanser mcm2 lagi la..mengurangkan kuantiti sperma bagi lelaki, melahirkan anak cacat bagi wanita..

Seumpama kita makan makanan yg berisi bende2 yg x elok..
begitula analogi dengan rokok

Kalu kita nampak org masak nasi goreng la cthnya..dia bubuh kaca, racun tikus, plumbum, tar jalan tu..
Mau ke makan???
Rokok nak pulak???
Sme je la mcm nasi goreng tadi tuh..

Siap buh bende yg boleh menyebabkan ketagihan kepada peminatnya..rokok..ROKOK

geleng kepala..
Say NO to smoking deh..
Selamat berbuka ^_^


Wednesday, August 25, 2010


Salam sumer!
Balik awai ajela paediatrik posting nih..
again..tadi dari rumah sewa cik ct..aku xjadi balik hostel..sempat melepak rumah dia le..blaja masak..
kuih mende tah..
Bestu, si ida (junior) tya aku:
"Kak mimi bila nak kahwin?"
"ermm" mengelepar aku. Kahwin?? Nape tya kami pulak?
Dah k.mimi dok depan ida..
Hurmm..ida bila nak kawin??
Ida insyaAllah, mse belajar @ lepas grads
Hahaha..smala..mcm tu kot..xtau la
Dah ade calon ke?
Zasssss...rahsia!!!
Lambat lagi kot..i don't know..just follow the flow la..

Finally, berjaya jugak wat kuih tu..hehe
punya la ralit wat bende ni..smpai kui 6 cmtu..gerak balik hostel terchenta..
ye ke?? erkk..
Sampai,sempat mandi2..then gerak ke dewan utama USM..buka pose..pastu derma darah..
Pernah derma darah x?? have a try la..nanti bila dah derma, hemoglobin kita akan naik..msa mula2 mmg rendah..lma2 jdi naik la..so xdela kurang drah..tapi bertambah2 darah..Yang penting ikhlaskan diri..
Darah yang disumbangkan, insyaAllah membantu menyelamatkan satu nyawa..
Darah aku AB+
Penerima universal, penderma tak berapa nak universal..hehe
Dapat hadiah blanket..first time dapat cabutan bertuah setelah beberapa thn di cni..
xoxo..cmtula aktiviti2 hari ini..juga besday adik aku Fatin, Spm2010..

Jika cinta manusia itu sukar digapai..
cukuplah dengan mencintai Yang Maha Pencinta..
Aku kan berdiri dan akan terus berdiri..
Jika rebah, kan ku bangun merangkak dan bertatih lagi..
Begini lumrah hidup..setiap impian tak mungkin jadi kenyataan seperti yang diharapkan..
Bubye..salam

Salam..
kes repot..
sket je lagi..tpi yg sket tula dak siap2 agi..
eeeeiii..
tdi ad mjlis berbuka ngn TNC, timb naib canselor..mai USM kampus kesihatan ni..mlwat pekerja2 nye n student2 kesihatan..tiap2 thn ade..n stp thn juga,aku x missed, sthn lagi la utk mjlis bke pose..thn depan se lagi..
heee~
bakpo eh lapaq sgt nih??
tdi da laloq skjp..ni bgn lpq nye..
maggi..x abih2 la nampaknye..
kes repot...esok last day kt paed ward..mau tgkp gmbr byk2 sket..xberani..tgk esokla, nak tgkp gmbr baby org..
baby sendiri lmbt agi..

kak aku EDD dia 28/8 ni @ 2/9
xbole benarnye ade 2 tarikh nih..
awatla private hospital lagu nih??
anak 1st dia, si aisyi tu dlu dorg 'induce'
mne leh thn asyik contraction jek perut tu..kesian kat kak aku..
at last kena C-section...caeserean..operate lah..jalan nye x bukak2 jgak..24jam kot mne nak thn..
Ni 2nd nye mslah pelvis la pulak, tkut baby tersangkut mse bersalin t.. ritu estimate dlm 3.4kg..
Dugaan kpd kak aku la..org2 lain pon risau jgak..
haritu mse 1st time dia bersalin,mak aku risau yg amat..smpai menangis2..last2 gerakla mlm tu jgak pi KL..

Doa2kan la ye kak sy yg sorang ni..
Semoga anak dan mama nye selamat..amin!!



Monday, August 23, 2010

Zulhilmi: Persahabatan jauh lebih indah dari percintaan, cinta seumpama bermain layang-layang, andai putus berakhirlah ikatan.Sahabat bagaikan pantai, walaupon dalam kesibukan tapi kekal berdampingan..tq dik ^_^

Rindu akan kedatangan
Amalan bulan yang penuh keberkatan
Munajat doa dikabulkan
Al-Quran, solat jadi amalan
Dahaga dan lapar jadi ujian
Hadirnya menjadi pentarbiahan
Agar bertambah lagi keimanan
Nanti perginya meninggalkan KETAQWAAN

Selamat beramal ibadah semua ^^,

First time masak gna rice cooker kat hostel ni..
cucur udang segera..everything INSTANT..hehe..
Don't blame me, aku xtau bancuh tepung..kt umah semua mak n abah yg bancuhkan.
Aku tolong tgk dan goreng boleh la..xpe, by time mesti akan pandai gak..
Kalu bini sibuk, bole bgi chance x kalu x msak??
Sekali-sekala, bule la..selalu, xelok diamalkan..
bak kataorg putih..Practise makes perfect
ermm..sedapnye..xoxo
Maggi tu mmg selalu la..
Org yg xleh posa,dia lapar serupa mcm org pose..
Sbb? mestila sbb blood loss..so, kt hostel bule la mkn..
Jgn jeles..sbb kena ganti jgak nti..kira sama je la..




Sunday, August 22, 2010


"Soledad"

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Soledad is a Spanish word meaning solitude or loneliness.

My case write up begins tonight:
Paediatric posting, case of febrile induced fit..Never give up..the chance given only once..ye x?
(demam ---> sawan)
Aku ni dah serupa medical doctor agaknye..I think so..
Ade rupe dentist ke?
Belaja medik banyak nak mampos..
Ada rupa dua2..hehe..ke tiga2?
Se lagi "misi"@ nurse
Wuteva laaaaa...Life must go on! *_*

Wanita
Sebutir permata di perlubukan
Memancar sinaran di kegelapan
Biarpon tersimpan dalam lumpur
Serimu takkan luntur
Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan
**rewrite again **pinkish mode..layan jer

Sedikit renungan:
21/8 :: Memperingati Al-Aqsa dibakar

http://surau.townplan.gov.my/surau/index.php?option=com_content&task=view&id=53&Itemid=10


Al-Baqarah :: 83-85

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah salat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling. (83)

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu (yaitu): kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang), dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu sebangsa) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar (akan memenuhinya) sedang kamu mempersaksikannya. (84)

Kemudian kamu (Bani Israel) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikemb
alikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.(85)
Salam..
Selamat berbuka yer..
hehe

Hujan turun..kehujanan merempit ke hospital..nasib baik rintik2 je.
Balik dari hospital awal..mengelat..
Banyak benda perlu diselesaikan..sume nye nak cepat2..
Tak menyempat la nak wat itu la, ini la..

This is the last week posting to peadiatric ward..
Xbyk citer sgt..tadi aku tengok baby fitting (sawan) baby tu umur dah setahun tujuh bulan tapi kecik sgt..dia ade underlying cerebral palsy..msa dilahirkan, baby dlm keadaan x bergerak, oxygen low cause brain damage..
Uprolling eyeballs,mata terbalik( versi kelantan) tgn dan kaki keras, hyperventilate( bernafas dgn cepat2 mcm sesak nafas)
Aku pon kejut mak baby tu..
Aku:"Akak, anak akak nyetok" Nyetok=Sawan
Akak: Dia mmg mcm tu..
Aku: Hairan.. bukan ke bdk tu tgh sawan ke??

Aku bagitau misi..misi panggil doctor..
then doc tgk...dia kata..ikut mcm mak dia kata..dia ok

Hishh..btuilla, baby tu fitting(kena sawan)
Mak dia boleh lak kata tak..biar je baby tu..kesian sgt.
Mak dia tampar2 muka baby tu..supaya baby tu sedar..banyak kali
Pastu mandikan kepada budak tu..barula ok!!

Aku kata tadi btuilla..baby tu kena sawan..mak dia menafikan pulak..
Xdela doc nak cucuk masuk ubat emergency utk stop kan sawan tu..

Patutke nak tampar anak mcm tu sekali, kalu bukan sawan, sedarla budak tu..kesian..
Mata baby tu tgk ke kiri je..tgn kiri xleh nak gemggam objek..terbuka..xleh cakap, terbaring je,xleh jln, bdn sgt kecik
Anak pertama..sebenarnya akak tu sm umur ngn aku 23 thn..suaminye 31..baru tgk folder baby tu pastu..
Halal la aku pggil akak pon..sbb dah ade baby ape kan..
huhu..aku study agi..aci tak?? hee~ kalu blaja agi, awet muda..haha
diaorang dah jadi ibu..
xpela, lgpon deme tu surirumah belaka..xde nak smbg blaja..
So, lain org, lainlah dia punye way of life....





Saturday, August 21, 2010

Balik umah..demam, lembik je..
ptg tu..menitis2 haa airmata..

Mak: Nape nangis?
Aku: Xde pape, penat..
Mak: Sebab ape?
Aku: Entahla
Mak: Sembahyanglah banyak2, minta doa kat Allah..minta dipermudahkan urusan tu..
Aku: diam..teresak-esak
Mak: Dah bape hari cuti? 5?
Aku: baru 2 hari
Mak: Sembahyang terawih dak?
Aku: Pi..
Mak: Kalu kira penat ni, semua org pon penat..tapi kalu kita niatkan urusan kita tu kerana Allah..semua tu menjadi ibadah..Tgk abah, dah tua lagik ada kencing manis..pi keja pagi, balik malam..tdo beberapa jam pastu kena gerak pi keja lagi..lagi penat dahla sakit..
Aku: teresak2
Mak: Mak pon sakit kaki ni..kena panjat tangga, mengajar budak2..Nurul pulak kena pi kuliah, hari2 naik bas..
Aku: diam dan teresak2..
Byk lagi..tapi diedit2la..mne leh citer sume bende..huhu

Waa.. inilah namanya dugaan..dan ujian
Bukan semua yg kita hajati itu mudah belaka, banyak ranjau dan duri perlu ditempuh..
Yang belajar teruk2..nak cepat kerja..
Yang dah abis balajar..xdpt2 keje
Yang keje..tingin nak kembali belajar..

Walaupun penat..hidup mesti diteruskan..ye tak??

Nangis je aku malam tu..bgn pagi, bengkak la mata..
Pastu dikerah balik kelantan..dah selamat sampai pon..
Alhamdulillah..

Friday, August 20, 2010

Alahai, balik umah..sakit kepala,berdenyut-denyut.. panas bdn lagi..
Sabar byk2..
esok pagi dah nak bertolak balik ke kelantan agi..tensen2
huuu~
waaaa~
like they are always say:

Dental profession was the most stressful of all health profession (Cooper et al., 1987)

Untitled emotion again..

Walaubagaimanapun, tadi sempat melawat saudara yg bersalin.. baby girl.. ^^,

Banyak juga bersalin dlm bulan Ramadhan penuh keberkatan ini..
My sister also..comin' to delivered her baby girl in 28th of July..
Semoga semuanya selamat..Amin~





Thursday, August 19, 2010

Salam
yehaa..
balik umah mlm ni..
cuba menyiapkan kerja2 yg banyak..walau di rumah..
gambateh!! ^_^
Hari yg baik..
Alhamdulillah..even last minute nye effort..dpt jugak patient utk CFCS..
thank you Allah..

Tdi ingat nak demam lagi..badan panas semacam je..tapi,dah ok skg

Jumpa patient tadi merangkap keluarga angkat la..akak yg berumur 38tahun..SLE,
SLE tu Systemic Lupus Erythematous, ape ni??carila sendiri kalu nak tahu lagi detail..
hehe, siap ajak pi umah dia rya nti..^^,

Well, kalu kita buat baik ngn org..mestila org suka kan..hehe

Weekend boleh balik kg dengan aman dan gembira..walau hakikatnya..byk masalah kat umah tu.

Ermm..berjaya puasa penuh lagi ni..

Just banyak keje perlu disettlekan..case summary and case write up..

All da best..
hati pon dah tenang skg..

Emosi pon agak stabil..

So..stay stabil je la..

Malas dah nak fikir..ape nak jadi..jadilah..

Just follow the flow..okies dokies

Bubye kelantan..
I'm goin' to Kedah..
heeee~

Wednesday, August 18, 2010

Bayi lelaki ^^, (8.9 months old)

Bayi perempuan ( a month old)
They are cute...
They giving me peace..
They brighten my day..

Seronok tau posting pediatrik@ wad kanak2..
Mereka sangat comel..
heee~
Kebanyakan kanak2 ini datang ke hospital sebab jangkitan kuman yg menyebabkan mereka demam dan ada antara mereka mengalami sawan @ fits semasa high temperature spikes..

Kesian..dugaan kepada bayi kecil ini, ibu-bapa mereka dan juga ahli keluarga yg lain..
Bukankah kita seharusnya bersyukur atas nikmat sihat ini??

Dalam sejarah keluarga aku,xde lagi yg kena sawan ni..
Semoga tiada langung la harapnya sebab banyak komplikasi kepada kesihatan bayi terutamanya kerana masa ini mereka sedang mengalami tumbesaran..banyak organ2 dalaman yg belum matang..
Boleh jadi macam2 komplikasi seperti..metal retardation@ terencat akal, cerebral palsy, dan death@ kematian..

Cuba bayangkan anda ditempat mereka..bagaimana??
Pendek kata, mmg menginsafkan diri yg sering lalai dan alpa..


Tuesday, August 17, 2010

Sahur time..
zaaassss...

When your heart feels cold..it seemed that something is not right..

When we discusses about love, friendship, and relationship...this things will be rise..

Persahabatan yg berkekalan itu harusnya bagaimana?

Persahabatan yg dianggap remeh?
mendahulukan org lain dari sahabat kita?
atau bagaimana?

Jika ahli keluarga, kekasih dan sahabat..Anda kira, siapa yg lebih rapat dgn anda??

Aku..sahabat..tapi bukan sahabat yg selalu bersama aku..

Sahabatmu seringkali datang dan pergi..Inilah sahabat ketika suka

Sahabat ketika duka..yg mahu menghulurkan tgn dengan ikhlas..ada, tapi sedikit sekali..
Bertuahnya aku dapat mengenali sahabat begitu..
Menghulur tangan dgn ikhlas tanpa mengharap balasan atau pujian atau penghormatan..

Ye..kdg2 benda yg tidak ingin berlaku akan selalu berlaku..Ia diluar jangkaan dan kemahuan kita..
Hati berharap untuk ia cepat diselesaikan tapi..hakikatnya, hidup tidak begitu mudah..
Manusia tidak terlalu mudah juga menerima kritikan ,tapi sebaliknya berlaku dengan pujian..
Org lebih gembira bila dipuji dari dikritik..betul kan??

Aku jika dikritik dgn sesuatu yg membina..aku boleh terima..tapi jika sesuatu yg bertujuan memalukan aku atau sebagainya...
that's not appropriate..

Well...mcm nila..
Sahabat yg baik, sukar dicari
Sahabat ketawa, berderet menanti
Sahabat yg menangis bersama kita..belum tentu ada di dunia ini..

Aku berharap menemui sahabat yg selalu mendoakan aku..dan akan mendoakan aku walaupun aku sudah tiada di muka bumi ini..
Sejuta sekalipon sahabat anda, belum tentu lagi mereka akan mendoakan anda ketika anda mati esok hari..
Jadi penting, untuk mempunyai ahli keluarga yg menyejukkan mata..
Anak2 yg soleh dan solehah..
Kerana mati itu tidak mengira usia, sakit, atau sebagainya..

Dan bagaimana dgn pahala yg berterusan walaupon anda sudah mati??
Sedekah jariah..
Ilmu yg bermanfaat
Doa anak2 yg soleh

Semoga diberi hidayah untuk berubah..
Changes made us more matured

Sunday, August 15, 2010

ari dah larut , pon da berat, huarrgggh...nk , tapi sbelum tue kena p basuh dulu baru ley ..heheh gud

comei ek..

haa..bertakung dah air mata ni..laju je kot turun..
Esok dah ade kelas..still kat sepital lagik..tpi dengan budak2 yek..
weekend ni nak balik kedah..
amek tket rya..tket pon xsempt nak beli..tpi bende lain2 tu sempat la pulak..
yuhuu..emotion imbalance..
This is what happened with unpredictable relationship..distance relationship
Kalu org xleh nak appreciate kita..it's better to just break that relationship..ke mcm ne?
Waa...tensen sgt sbb..adelah sbbnye..

Lebih baik ke kalu org tu ade depan mata instead of jauh dari mata..
xbuleh nak paham langsung kot..xrse pon utk cuba memahami..

Kalu ade org yg beria2 dan org yg wat endah tak endah je..mne satu korang nak pilih..
Nila...my wish not granted..
Maybe perlu utk buka sedikit ruang utk org lain..
kalu dah org yg kita tggu pon mmg xpasti apa akan berlaku..
xboleh nak beri kepastian yg jelas agar tiada tanda tya..
Masalahnya memang byk tanda tya yg xdijawab2..

Ada rmai org suka ni,kalu tahu aku mcm ni..
Korang xfaham aku..susah nak difahami sebenarnya dan tidak terlalu berharap untuk difahami..
Sedih bila diperlaku sedemikian rupa..

Sedih gle..tambah pula sambil dok dengar lagu dari si shahir AF8, Kebahagian dalam perpisahan



Saturday, August 14, 2010

Zaujah fi qalbi
tu shoutout kwn aku..

Mcm ne nak mula ek..no idea at all..

Xde idea mlm ni..
sy tunggu dia balas email sy mcm ne..
haa..sakit hati ble tahu..rmaila pulak..org2 de email sy..kwn2 chat sy belaka..
pergh..main pass..pass bule..
Ingat aku ni ape tah?
X taula keje sape..
Dah lme tahu bende ni..sje nak ungkit...
pass la lagi..

Kalu ade org kim salam kat korang n nak berkenalan..korang nak wat mende? 1. Sepupu kwn aku ,kerja under Petronas
Kalu ade org lain pulak nak minta no tel anda, ape nak buat? 2. x kenai kot
Kalu ade org lain yg desperate gle..minat kat korang, korang nak wat mende? 3. driver kapal terbang (askar)
Kalo ade lelaki yg really tolong korang la..obvious kot..nak wat cmne? 4. dentist to be

Aku dah delete sorang tu..from my list friend..
Tgk pon dah tahu..dasar lelaki yg gatai..

Sorang laki yg penah chat ngn aku dulu..rupa2nya dia..pon aku dah delete..lantak la.

If possible..

Mcm ni la kan..ape kata korang, kalau aku suh mak aku jugak carik kan?? Mcm abg aku tu, xjupe lagi calon nye..

Dah mcm xde lelaki lain pulak kan?? xreti la aku mcm ne..
Org dekat ke org jauh??
Asyik yg jauh je..

Penat dah mcm ni..surrender la..
Mak, carikan la calon suami yg sesuai utk mimi..
Redha je la kalu mcm ni rasanye..serabut lak otak..

Istikharah??

Ya Allah, berikan ku petunjukMU..
Jodohku yg mne satu..buntu nya..T_T










Friday, August 13, 2010

Salam sume..
Apa khabar ye?
Berpuasa hari ke 2

Tadi exam ngan Dr. Mansor..
pokcik tu..retired police officer, chronic smoker presented with shortness of breath prior to admission..

Bahasa yg lebih mudah ialah: perokok tegar datang ke hospital sbb sesak nafas
Pakcik tu nak cerita byk bende kat aku tapi aku kan tgh exam, so xleh layan sgt la..
Nasib baik dia faham..
See how friendly aku dan pesakit?? hehehe
Anak dia 4 org doktor..rmai eh..ade nak amik specialist(kepakaran) ade gak yg study lagi..kt al-azhar...hurmmm...

COPD: Emphysema..ade blue bloaters..pakcik tu mulut cam ikan utk bernafas..nme medik nya blue bloater..

Alhamdulillah..pass!! ^^,

Aku bertaaruf ngn bdk medik Universiti Cairo..dorg ade attachment kat HRPZ II..org2 kelantan la yer..

Nice to meet them..

Waa..aku mmg ade hati dlu nak blaja kat mesir..

hati je ada..tapi x kesampaian..la
rezki aku kat cni..Malaysia..

Takpela, nanti aku nak further study kat luar jugak..InsyaAllah..
Europe kot..

Bawak "family" gi sana la agknya..mse tu mesti dah de baby..heee~
Kan best dapat "suami y memahami"..


Esok aku nak cerita sket pasai pengalaman sepanjang posting di medical ward..
Stay tune..aku de byk mse..

Almaklum..sbb baru abes posting yg tough..lagi satu surgery..tpi itu last posting aku..
Pasni..aku akan pergi wad kanak2

Sebenarnya..kanak2 yg sakit terukla..diorang ni sgt tabah..
ada yg x menangis langsung..
Aku pulak rse mcm nak nangis je..

Tabahnya mereka walaupun hakikatnya mereka menahan kesakitan itu..

Yang menangis pon ade gak..
tapi understood la kan since diaorg tu kecik lagi..tambah sakit pulak

Gudluck to my patient..Zulhilmi yg bakal de exam trial next week..wuhuu...rapat eh??
Aku harap adik2 aku mcm bdk nih..amik STAM tahun ni..

All da best..May ur wishes come true..
Tq for being very supportive to me as "adik" kay!










Tuesday, August 10, 2010

Ist day of terawih..

tido ..wuhuu..xsempat berterawih berjemaah kat Surau Murni..
Solat sendiri jek..

Exam postpone till this thursday..morning..

Esok puasa.. ^^,

Byk cerita sebenarnya..tpi xsmpat la nak tulis..pas paed posting..h0pefully ade la mse..

pasai byk bende..nyet0k@ sawan.. lagik HIV +ve sebab transmit dri suami yg IVDU..intravenous drug users dan tgh mengandung skang 32 minggu..

makcik2 yg baik hati..hee~ siap ajk pi umah lagik ^^,

mcm2 lagi la..

nti la..lau de mse..ade la bende nak dikongsi..

Doa2kan la kejayaan saya yer :)

Takut nak exam ngan cardiologist aka pakar jantung..

cuak sgt..

Monday, August 9, 2010

Mengantuk..wahaha

Doc kena jumpe sultan kelantan esok..
exam ditunda..
yeay..yeay..
hari khamis..exam..early Ramadhan..semoga lulus dgn cemerlang..insyaAllah.
kena siapkan case write up ni..chaiyok2..untitled feeling right now..
Esok seminar awai2 pagi da..

gambateh :)

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan itu

Kian dinanti...dan kian menjelma..

Alhamdulillah.. kerana umurku masih panjang utk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini..InsyaAllah.

Busy..Penat.

Bukanlah alasan utk mensia2kan waktu..dalam bulan yg penuh barakah ini..

Selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah..

Puasa menyihatkan..

Melatih diri menjadi hamba yang bersyukur..
Melatih diri lebih bersabar..
Mengurangkan sifat amarah dan panas hati..

Ya Allah...berikan kekuatan utk aku menghadapi dugaan dan ujianMU, kuatkan dan tabahkan aku menempuhi bulan yg mulia ini dengan sabar. Kurniakan mawaddah, hasanah, hidayah dan rahmahMU kpd ku dan semua umat Islam..Berikan ketenangan dan kebahagiaan kpd ku.


Syukur atas kurniaan rezkiNya yang tak terhingga..

Seminggu sebelum raya..
InsyaAllah.. ada org baru juga bakal hadir dalam keluarga Hj Junid & Hjh Noryati..

Dia ialah anak kedua abg syam & kak j-da..ultrasound: baby girl.. ^_^

Exam oh exam..
Exhausted of being a dental student USM..

Dan ada seorang tu post shoutout..
"Kenapa perempuan terlalu cerewet?"

Aku rasa dia nak tuju kat aku agaknya...
Jawapannya:
Sama je..lelaki @ perempuan..

I'm not an easy type..
Senang ke nak terima org yg kita tak kenal??
Yg kenal pon belum tentu..inikan yg baru kenal.
Nampak mcm hidup aku senang dan kelihatan seperti x rela hidup susah..
Masalahnya..dia tu tahu ke mcm mne hidup aku..
Kamu x kenal org..mne bole simply judge org tu hanya kerana dia x boleh terima kamu..
Lain org, lainlah dugaan nya..

Friday, August 6, 2010

Malam pertama di Genting bersama 2rakan n adik aku, fatin..Hotel First World, bilik 27903..tingkat 27..last tgkt 28

Sesejuk Genting Highland..
begitu jua hatiku yg sejuk...

Hurmm..sorry la..
byk luahan hati je dlm blog ni..
xbyk pengisian yg berguna pon..

Hati yg sejuk...
bila disoal mengenai minat ke, suke ke, cinta ke..
mestilah jwpannye TIDAK!

Tidak mudah bagi aku..
Mungkin begitu mudah bagi kamu..wahai lelaki

Soal hati dan perasaan ni..pendek kata..kena la serius..
main2 kang, diri gak yg merana
melepas ke cmne ke..xpastila..bahasa lelaki..
Semuanya sgt tak pasti..tak tentu.. mcm2 lagi la

Waa..
Beginikah aturan hidupku??

Mcm nak nangis je..
Nangis dan terus nangis..
Airmata perempuan..senang je nak gugur..

Lelaki faham ke??
Lantakla nak faham ke tak..

If I were u..
I will be more concern, more responsible..more caring

But I really not u..
I just can't demand things..
Who am I??
I'm just me..bertahan utk sesuatu yg tak pasti..

Masih mampu bertahan

Tapi hati sakit sgt..

Ya..perempuan lagik..mmg mcm ni kot..

Redha dgn ketentuan takdirku..

Begini rupanya sakit hati..

Pedih sgt..

huuu~

Sorry..I just can't stand alone..I need guidance!

Guide me if u can or just forget me~

I really sick of u~ distance is nothing..but something you need to worry about.

Tolongla faham...

T_T

Thursday, August 5, 2010


Dari blog Aizat,Medik 5 USM

Adakah Anda Tahu?

Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan..
Dua tangan untuk memegang..
Dua telinga untuk mendengar dan,
Dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita..?
Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada SESEORANG untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA...
Moga cinta kita yang paling agung hanya pada-NYA YANG ESA,
disamping cinta kita pada makhluk-NYA.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)

Dapat kita fahami dari firman Allah ini, setiap 'apa', 'siapa', 'kejadian', mahupun 'sifat' di muka bumi ini telah diciptakan berpasang-pasangan oleh-Nya. Laksana hitam dan putih, senang dan susah, lapang dan sempit, kaya dan miskin, muda dan tua, hidup dan mati, kejayaan dan kegagalan, kedua tangan dan kaki kita, pancaindera kita, lelaki dan wanita. Bahkan dalam penciptaan manusia itu sendiri pun dapat dilihat hukum berpasang-pasangan ini. Cuba lihat, benih manusia iaitu sperma juga dipasangkan bersama dengan ovum (telur), untuk berlakunya persenyawaan. Otak kita ada dua hemisfera (cerebrum), paru-paru kita ada dua belah (kiri dan kanan), jantung kita terbahagi dua (kiri dan kanan), hati (liver) juga begitu. Samalah juga dengan buah pinggang kita.

Kenapa Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan? Wallahu'alam, hanya Allah yang lebih Mengetahui akan tadbir dan taqdir penciptaan alam ini. Yang pasti, tentu saja bagi-Nya Dia lebih tahu jika sesuatu itu berpasangan, ianya lebih baik buat kita, iaitu hamba-hambaNya.

Lihat saja pada fitrah manusia. Terlalu banyak betulnya hukum berpasangan Allah ini, jika kita teliti di setiap sudut kehidupan kita ini. Perasaan kasih itu memerlukan seorang lagi individu untuk mendapat 'sayang'nya. Begitu juga dengan perasaan mencintai dan dicintai, ataupun lebih dikenali dengan 'sense of belongings'. Manusia punya fitrah semulajadi dalam keharuan perasaaannya. Ada rasa cinta dalam dirinya yang ingin diberi pada seseorang, namun dalam masa yang sama dirinya juga mendambakan perasaan 'cinta' itu daripada seseorang. Masakan manusia bisa me'rasa' cinta bilamana dirinya keseorangan? Ya, dia juga gak bisa untuk mem'beri' cinta itu pabila dia hanya cuma seorang. Fitrah manusia memang begitu, memerlukan seseorang buat menjadi pasangan hidupnya. Tiada siapa di dunia ini yang pantas untuk bensendirian, sehinggakan jika kita lihat ada orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata demi pasangannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Kita soroti kembali saat Nabi Adam a.s. diciptakan. Dijadikannya sesempurna makhluk, dijunjungi oleh Malaikat, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan. Kiranya kalau diikut logik, pasti saja Nabi Adam a.s. akan merasa aman dan tenteram untuk meraih segalanya di sana, namun sampai suatu tika dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap. Di saat itu Allah tahu, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita yang di dunia ini.

Kerana Sayang

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG..
Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG,
kerana orang yang SAYANGkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG..
Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita daripada orang yang kita SAYANG,
kerana orang yang kita SAYANG mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG.

Ada seorang sahabat tanya saya, apa perbezaan antara suka & sayang? Emm, saya sendiri pun susah nak jawab. Sebab ia agak subjektif, dan masing-masing dari kita punya definisi tersendiri untuk keduanya.

Jawapan saya?

Suka ini cuma satu perasaan yang sementara, sedangkan sayang ini untuk selamanya. Kita suka sesorang itu kebiasaannya hanya kerna suatu kelebihan, sifatnya yang baik, yang mana bila ianya telah tiada perasaan suka itu akan hilang. Sayang pula bersandar pada individu, tidak terbatas pada kelebihannya, tetapi juga kekurangannya. Kita menyayanginya dan menerima dia seadanya. Walau di saat dia jatuh mahupun naik, sayang kita tetap ada untuknya. Suka dan sayang juga tidak terbatas pada seorang individu, kerna ia boleh ada untuk lebih dari seorang. Cuma suka ini lebih cenderung untuk bertukar-tukar, sedangkan sayang ini tidak. Suka ini kurang setia sedangkan sayang ini lebih setia. Untuk sayang, kita sanggup bersamanya di saat susah dan senang. Kadangkala kita tak sedar ada orang yang sayangkan kita, sehinggakan sampai suatu masa hanya dia yang ada tika semua orang yang kita suka tinggalkan kita di saat kita susah. Senang untuk dapatkan suka, susah untuk dapatkan sayang, tetapi pilihlah yang sayang kerna ianya berkekalan. Hargailah mereka yang TERSAYANG.,

(^______________^)