Thursday, August 5, 2010


Dari blog Aizat,Medik 5 USM

Adakah Anda Tahu?

Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan..
Dua tangan untuk memegang..
Dua telinga untuk mendengar dan,
Dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita..?
Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada SESEORANG untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA...
Moga cinta kita yang paling agung hanya pada-NYA YANG ESA,
disamping cinta kita pada makhluk-NYA.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)

Dapat kita fahami dari firman Allah ini, setiap 'apa', 'siapa', 'kejadian', mahupun 'sifat' di muka bumi ini telah diciptakan berpasang-pasangan oleh-Nya. Laksana hitam dan putih, senang dan susah, lapang dan sempit, kaya dan miskin, muda dan tua, hidup dan mati, kejayaan dan kegagalan, kedua tangan dan kaki kita, pancaindera kita, lelaki dan wanita. Bahkan dalam penciptaan manusia itu sendiri pun dapat dilihat hukum berpasang-pasangan ini. Cuba lihat, benih manusia iaitu sperma juga dipasangkan bersama dengan ovum (telur), untuk berlakunya persenyawaan. Otak kita ada dua hemisfera (cerebrum), paru-paru kita ada dua belah (kiri dan kanan), jantung kita terbahagi dua (kiri dan kanan), hati (liver) juga begitu. Samalah juga dengan buah pinggang kita.

Kenapa Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan? Wallahu'alam, hanya Allah yang lebih Mengetahui akan tadbir dan taqdir penciptaan alam ini. Yang pasti, tentu saja bagi-Nya Dia lebih tahu jika sesuatu itu berpasangan, ianya lebih baik buat kita, iaitu hamba-hambaNya.

Lihat saja pada fitrah manusia. Terlalu banyak betulnya hukum berpasangan Allah ini, jika kita teliti di setiap sudut kehidupan kita ini. Perasaan kasih itu memerlukan seorang lagi individu untuk mendapat 'sayang'nya. Begitu juga dengan perasaan mencintai dan dicintai, ataupun lebih dikenali dengan 'sense of belongings'. Manusia punya fitrah semulajadi dalam keharuan perasaaannya. Ada rasa cinta dalam dirinya yang ingin diberi pada seseorang, namun dalam masa yang sama dirinya juga mendambakan perasaan 'cinta' itu daripada seseorang. Masakan manusia bisa me'rasa' cinta bilamana dirinya keseorangan? Ya, dia juga gak bisa untuk mem'beri' cinta itu pabila dia hanya cuma seorang. Fitrah manusia memang begitu, memerlukan seseorang buat menjadi pasangan hidupnya. Tiada siapa di dunia ini yang pantas untuk bensendirian, sehinggakan jika kita lihat ada orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata demi pasangannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Kita soroti kembali saat Nabi Adam a.s. diciptakan. Dijadikannya sesempurna makhluk, dijunjungi oleh Malaikat, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan. Kiranya kalau diikut logik, pasti saja Nabi Adam a.s. akan merasa aman dan tenteram untuk meraih segalanya di sana, namun sampai suatu tika dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap. Di saat itu Allah tahu, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita yang di dunia ini.

Kerana Sayang

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG..
Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG,
kerana orang yang SAYANGkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG..
Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita daripada orang yang kita SAYANG,
kerana orang yang kita SAYANG mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG.

Ada seorang sahabat tanya saya, apa perbezaan antara suka & sayang? Emm, saya sendiri pun susah nak jawab. Sebab ia agak subjektif, dan masing-masing dari kita punya definisi tersendiri untuk keduanya.

Jawapan saya?

Suka ini cuma satu perasaan yang sementara, sedangkan sayang ini untuk selamanya. Kita suka sesorang itu kebiasaannya hanya kerna suatu kelebihan, sifatnya yang baik, yang mana bila ianya telah tiada perasaan suka itu akan hilang. Sayang pula bersandar pada individu, tidak terbatas pada kelebihannya, tetapi juga kekurangannya. Kita menyayanginya dan menerima dia seadanya. Walau di saat dia jatuh mahupun naik, sayang kita tetap ada untuknya. Suka dan sayang juga tidak terbatas pada seorang individu, kerna ia boleh ada untuk lebih dari seorang. Cuma suka ini lebih cenderung untuk bertukar-tukar, sedangkan sayang ini tidak. Suka ini kurang setia sedangkan sayang ini lebih setia. Untuk sayang, kita sanggup bersamanya di saat susah dan senang. Kadangkala kita tak sedar ada orang yang sayangkan kita, sehinggakan sampai suatu masa hanya dia yang ada tika semua orang yang kita suka tinggalkan kita di saat kita susah. Senang untuk dapatkan suka, susah untuk dapatkan sayang, tetapi pilihlah yang sayang kerna ianya berkekalan. Hargailah mereka yang TERSAYANG.,

(^______________^)

No comments:

Post a Comment