Sunday, October 31, 2010

Salam...
I'm not suppose to feel this way..
but I hope for a miracle......

KEAJAIBAN....

Friday, October 29, 2010

Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati


Jumpalah 'Doktor' Untuk Membedah Hati
penulis : daie global

Ana, Amni Izzati, boleh panggil Amni, selamat bekerjasama semua,
Amni memendekkan sesi ta’arufnya dengan fasilitator yang lain bagi program
untuk menyambut pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia
dan New Zealand.

Setelah selesai sesi ta’aruf, para fasilitator bergegas ke dewan utama yang kelihatan
penuh sesak dengan para peserta untuk mengikuti program motivasi dan persediaan
untuk ke ‘oversea’. Sahabat baiknya, Nora Amirah memerhatikan gelagat Amni
yang agak gelisah. Pada mulanya, dia berkeras mengatakan,”No worries, I’m ok.
Namun setelah didesak, akhirnya dia bersuara, Mira, actually, Iskandar, ketua fasi tu…”,
dia menghembus nafas panjang, seolah satu keluhan yang sukar untuk diutarakan.
“Nape dengan Akh Is tu?”, sambut Amirah.“Ermmm..ana kenal dia”, dia bersuara.
“Macam mana enti kenal? Setahu ana, enti ni susah nak berkenalan dengan lelaki”,
Amirah memotong perbualan tadi.

“Diminta semua fasilitator untuk masuk ke dewan bagi program LDK”,
kedengaran suara Is, dari corong speaker memanggil para fasi untuk bersama peserta.
Perbualan yang meninggalkan satu soal jawab terhenti disitu.
Amni, yang ditugaskan untuk mengepalai muslimat kawasan Sydney seperti
biasa menjalankan tugasnya. Biar sempoi asal bermanfaat itulah prinsipnya yang
bergelar seorang naqibah. Membina tautan hati dan ukhwah fillah adalah keutamaan.
Adik-adik yang bersamanya kelihatanenjoy dengan telatah lemah lembut
tapi funky Amni.
Setelah tamat sesi LDK, mereka pulang ke penginapan masing-masing.

“Tok, tok, tok”, bunyi ketukan pintu di bilik fasilitator. “Ye, ada apa-apa kami
boleh bantu?”, tanya Afini, salah seorang fasi. “Boleh, saya jumpa kak Amni”,
tanya adik yang bertudung labuh tersebut. Amni keluar dan mengajak adik tersebut
duduk dibangku berhampiran dengan dewan makan.Ada apa-apa akak boleh bantu?”,
tanya Amni penuh sopan.Akak, saya tersentuh dengan perkongsian akak tadi”,
adik tersebut memulakan bicara.

Petikan surah An Nur ayat 26, “..... Sedangkan perempuan-perempuan yang
baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik (pula).....”,

Itulah antara perkongsian yang menyentuh hati adik tersebut. “Kenapa?”,
tanya Amni ringkas.“Akak, saya ‘couple’,”, jelas adik tersebut dengan nada
yang tersedu-sedu. Terdiam seketika Amni mendengar rintihan adik tersebut.
“Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan, indah sungguh penciptaan Allah kan?”,
Amni mengerakkan lidah memulakan bicara.

“Setiap daripada kita pastinya tak terlepas daripada perasaan tersebut, akak faham
sebab akak pernah melalui zaman ‘kegelapan’ itu”, sambung Amni. Terpaku adik
tersebut mendengar cerita Amni, mungkin tak menyangka perwatakan muslimah
yang dibawanya membolehkan dia terjerumus ke kancah ‘maksiat’.

“Kenapa? Awak tak percaya ke?”, tanya Amni. Adik tersebut mengangguk sambil
terkebil-kebil matanya melihat Amni. Syaitan itu kreatif, janjinya pada Allah
untuk menyesatkan anak cucu Adam terlaksana dengan jayanya”, sambung Amni lagi.
“Dulu, akak ingat tak apa ‘couple’ ni asal tak pegang-pegang, kira ok la tapi
sejak akak mengenali usrah dan tarbiyyah, ‘I’m realized that’ zina hati tetap ada”,
keluh kesal suara seorang daie. “Pernah tak dengar, jangan kamu hampiri zina? ",
Amni mengutarakan persoalan pada adik tersebut. Pernah”, jawabnya ringkas.
Allah tak kata jangan kamu berzina tapi Dia memberi amaran jangan dekati zina sebab,
bila ada dua cinta dalam hati kita, dikhuatiri, cinta pada manusia kita lebihkan”,
Amni melabuhkan bicara juga sebagai noktah pada perbualan mereka kerana hari sudah
larut malam dan para peserta dan fasilitator perlu bangun awal untuk qiamullail.
Adik yang baru mengenal erti cinta dan tarbiyyah kelihatan keliru dengan
perasaannya sendiri. “Kejarlah cinta Allah, pasti cinta Allah dan manusia
kamu dapat”
, Amni seakan memujuk adik tersebut yang sudah memulakan langkah ke
penginapan peserta.
Adik itu sudah berlalu dan Amni seolah termenung panjang. Termenung
mengenang zaman percintaannya dahulu. Kononnya ‘cinta ana enti’.

Dibelek Al-Quran yang dipegangnya dengan bersuluhkan kesuraman cahaya malam,
dia membuka surah As-Saff ayat ke-2, ayat yang penuh ‘significance’ buatnya
lebih-lebih lagi yang bergelar naqibah. “Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”, air jernih
membasahi pipinya.

Merenung akan kejahilannya sendiri. Dia yang lemah longlai bangkit dari bangku
menghala ke bilik fasilitator. Bagai mahu tercabut jantungnya bila bertembung
dengan Iskandar. Hatinya berdebar-debar. Sebaris gigi tanda senyuman buat Iskandar.
Amni berlalu dan sejurus tiba di bilik, dia mencapai sejadah, menunaikan solat memohon
perlindungan. Seorang hamba merintih. Rintihan yang selalu di keluhkan.
“Ya Rabbku, aku memohon dan berlindung kepada-Mu dari kejahatan syaitan
, dari panahannya. Aku takut Ya Allah, andai cintaku kepada si dia kembali berputik,
cinta ini selayaknya untuk-Mu. Aku mohon kekuatan untuk terus bermujahadah
melawan nafsu ini.”, Amni yang teresak-esak merintih pada Sang Pencipta.
Dia bimbang akan pengalaman hitam itu kembali menghantui hidupnya.
Pengalaman bercinta, cinta yang kononnya halal dalam konteks Islam.

“Eh Amni, nak kemana ni?" tanya Najiihah. “Saya ada hal, terpaksa pulang.
Saya dah maklumkan kepada Amirah untuk memberitahu kepada ketua fasi”,
balasnya tenang. Dia keluar melangkah penuh sopan. Dia melihat kelibat Iskandar
yang sedang sibuk tanpa menoleh sedikit pun padanya. Astaghfirullah”,
Amni memohon ampun sebaik tersedar dari pahanan syaitan itu.
Dia sedar betapa sukar untuk dia membunuh perasaan itu, lebih-lebih
lagi cinta pertamanya. Iskandar, teman kolej persediaannya, juga amir bagi
kawasan mereka. Mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain malah
pernah hanyut di buai cintai duniawi. Mesej, YM, telefon yang kononnya atas
dasar kerja bertukar sebaliknya. Mereka merasakan cinta mereka di redhai.
Apa tidaknya, Iskandar sering menelefon Amni, mengejutkannya untuk berqiamullail.
Wah! Kreatif benar syaitan itu.

Apabila Amni yang diangkat menjadi naqibah merasa tidak selesa tapi masih
berhubung kerana tewas dengan perasaannya. Dia yang selalu berpesan kepada
adik-adik usrahnya, “Couple itu haram jika tiada hubungan yang sah,
firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 32, "Dan janganlah kamu
mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu
jalan yang buruk."...”, itulah peringatannya buat adik-adiknya.
Namun peringatan itu tidak terkesan di hatinya. Takdir Allah,
sungguh indah walaupun pahit. Suatu hari, mesej daripada Iskandar menjadi
‘turning point’ kepada segalanya. “Amni, kita putus. Cinta naqib
dan naqibah ‘membunuh’ seorang
pendakwah, saya harap awak faham”. Mesej yang cukup ringkas tanpa sebarang penjelasan.


Amni yang pada permulaannya agak sedih memujuk hatinya.Dia meluahakan isi
hatinya pada kakak sulungnya. Pujuk kak longnya tenang, “Adik, ingatlah, apa
yang kita sangkakan tak baik untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita dan apa
yang terjadi sudah tertulis di Lauh Mahfuz, seperti yang dinyatakan Allah SWT
dalam surah Al-Hadid, ayat 22. Juga perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.

“Tapi Along, adik ni jahat, adik tak nak bawa usrah lagi, adik takut”,
Amni mengeluh, seolah fobia akan dosanya yang lalu.

“Allah Maha menerima taubat. Adik pergi ambil wuduk dan solat untuk``
cari ketenangan dengan meluahkan apa yang terbuku kepada Allah”,
Along meneruskan pujukannya.

Bermula saat itu, Amni meneruskan perjuangannya bergelar dai’e dan
tidak menyangka program fasilitator mengatur pertemuannya dengan
Iskandar dan itulah pertemuan terakhirnya dengan lelaki tersebut.

Amni meneruskan episod seorang pelajar dan pendakwah di bumi asing.
Walau tanpa orang yang kononnya menyokong dari belakang, Amni merasa
tenang denga suratan takdir. “Ya, inilah yang terbaik untuk aku, mencari erti
sebenar cinta dan redha, terima kasih Ya Allah”, itulah ungkapan yang
menjadikan Amni, mawar yang dilingkari duri. Bisa disentuh oleh calang-
calang makhluk. Berita gembira di saat menghitung hari untuk pulang ke
tanah air dek tamatnya lima tahun jurusan kedoktorannya. Adik yang
meluahkan isi hati semasa program tersebut akan membina masjid, mencari
cinta yang hakiki dan abadi. Tersenyum gembira Amni, namun jauh di sudut
hati kecilnya dia merasa sedih. Sedih dek tidak mampu membuka pintu hatinya
buat mana-mana kumbang untuk hinggap. Setakat ini, dia menolak semua lamaran
yang diterimanya.

Suatu hari kakak sulungnya menyuarakan sesuatu yang selalu Ma dan Abah bicarakan.
Cuma kali ini ianya sesuatu yang menjadi penentu untuknya.
“Adik, takkan tak nak fikir tentang kahwin, adik dah habis belajar.
Usah dikenang zaman lampau dik”. Amni terdiam dan terpaku.
Belum sempat Amni membalas apa-apa, kakaknya menyambung bicara.
“Nah”, Along memberikan sekeping surat. Dengan muka yang kehairanan
Amni mengambil surat itu. Dia membukanya perlahan-lahan dan
meneliti setiap kalam, air mutiara jernih membasahi pipi, lantas dia memeluk kakaknya itu
. Melihat dan membaca surat tersebut Alongnya turut tersentuh.

Assalamualaikum..

Pertamanya ingin saya mohon maaf atas segala kesilapan ana pada enti.
Perginya ana anggaplah seperti para sahabat untuk berjuang.
Ana berjuang tanpa pedang tapi ana berjuang dengan pena dan kalam,
menegakkan syiar Islam, menunaikan amanah sebagai seorang khalifah.
Perginya ana kerana bimbang ana dan enti yang juga naqib dan naqibah ‘berzina’ dengan hati, cinta dan rindu kita bukan pada Yang Hak.
Perginya ana dari hidup sang mawar yang dilingkari duri,
hanya bisa disentuh bila pada waktunya.
Perginya ana kerana kau bidadari syurga yang ku nantikan.
Bersama kalam ini, ingin saya sertakan lamaran buat muslimah bernama Amni Izzati.

*untuk pengetahuan enti, kedua orang tua enti telah sedia maklum. Kak Long sebenarnya dalang disebalik perpisahan dan pertemuan kita.

Yang ikhlas,
Iskandar


Amni memandang kakaknya, seolah inginkan penjelasan terhadap apa yang terjadi
. Senyuman yang disusuli bicara, memberikan jawapan bernoktah kepada Amni.

“Sebenarnya, Along yang minta Iskandar tinggalkan adik, sebab hati yang
mati tak kan mampu menghidupkan hati yang mati. Kerana Along sayangkan adik,
Along biarkan adik ‘menderita’ dan ‘merana’ seketika. Sebagai memenuhi janji
Along buat kalian, untuk mematrikan cinta kalian pada Yang Hak, sudah Along tunaikan.
Along doakan yang terbaik buat kalian berdua. Moga dua hati yang bersatu
pada ikatan yang sah, akan meneguhkan perjuangan kalian di medan dakwah”.
Amni terdiam mendengar penjelasan kakaknya dan lantas memeluknya.

Itulah kisah mereka, janji Allah adalah suatu kepastian.
Tak perlu dikejar cinta manusia, kerana kadang-kadang kita akan kecewa.
Kejarlah cinta Rabbani, kerana manisnya dunia dan akhirat.
Ayuh kita singkapi cinta dan rindu menurut Al-Quran dan As-Sunnah oleh Syeikh Ibn Qayyim Al-Jauziy. Apakah tanda-tandanya?

"Bila disebut nama kekasih kita, gementar rasanya

Rasa malu dan segan bila betemu

Rasa cemburu apabila ada orang lain mendakati kekasih kita"


Bagi yang melalui zaman ‘couple’ atau sesiapa sahaja yang menyimpan perasaan
kepada seseorang, adakah perasaan-perasaan tersebut hadir tepat pada waktunya?
Juga, adakah perasaan sebegitu hadir apabila nama Allah dan Rasul-Nya disebut?
Andai kita tidak merasakan apa-apa, jumpalah 'doktor' untuk membedah dan
membersihkan hati selagi masih ada peluang.

~JODOH di tangan ALLAH~

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula

dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama

bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang

curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,

segala perkara yang kita cintai dan sayangi

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

-amekla pengajaran dari citer ini okeh^^-