Thursday, October 21, 2010

"Abang..

hidup sebagai suami isteri memerlukan pengorbanan jiwa yang cukup cukup besar..tak mudah untuk kita hidup berkeluarga dan bahagia tanpa penetapan hati dan peneguhan iman kita..kelak kita akan mudah mengikut hasutan syaitan dan iblis..hidup suami isteri perlu saling melengkapi, perlu saling menasihati, perlu saling memahami, perlu saling memerlukan antara satu sama lain..kita perlu belajar untuk menerima segala kekurangan serta kelemahan masing-masing kerana hakikatnya cinta dan kasih sayang yang menjadi asas dalam perhubungan ini..bagaimana pun jua masalah yang melanda, perlu kita selesaikan berdua secara bermusyawarah..pasti ada hikmah yang berlaku dalam setiap permasalahan yang diberikan oleh-Nya..dan yang paling penting untuk kita ingati adalah, setiap apa yang berlaku adalah untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta..kita sebagai hambanya memang sentiasa layak untuk diuji kerana kita terlalu sombong kepada-Nya..tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah kita kecapi selama ini.."

"Abang..

sememangnya hidup suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain..suami tidak akan menjadi suami yang terbaik tanpa peranan yang dimainkan oleh isteri..si isteri juga tidak akan dianggap yang terbaik tanpa peranan suaminya disisi..kita dapat lihat contoh dalam cerita ular emas..walaupun si suami sangat jahat tapi disebabkan kejahatan suami itulah yang menjadikan si isteri semakin dekat dan bertambah keimanannya terhadap Allah..tak ada persoalan yang mengatakan kita mahu pasangan yang terbaik sebab tak ada yang akan menjadi yang terbaik dengan sendirinya..Allah itu Maha Bijaksana..Maha Mengetahui..penuh hikmah dari setiap ketentuannya..suami isteri perlu berusaha bersama-sama, saling mengambil peranan untuk menjadikan keduanya yang terbaik..menjadi seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah..ikatan suami isteri adalah titik permulaan sebuah kebahagian..itulah syurga dunia..itulah syurga cinta yang sebenarnya.."

SAYANG KAMU CINTA

No comments:

Post a Comment