Tuesday, December 28, 2010

SALAM..
today..i'm doing closed sandwich technique..buat tampalan mcm roti sandwich tu..hihi.
lebuh kurangla kan..
1. Dycal:protect the pulp
2.GIC as to replace the lost dentin
3.Compoosite resin as the top
4.Polishing and check the occlusion(bitting)

BEST kot..
Last week, stress yg menggila..today best!
Semga semangat ini semakin bertambah..
Semoga diri ini semakin tabah
Semoga usaha hari ini disusuli dgn keikhlasan
Semoga diri ini menjadi anak,kakak,adik,dan mcm lagi status selepas ni dan last but not least doktor gigi yg cemerlang, gemilang dan terbilang..

Sunday, December 26, 2010

Salam..
yukk blaja masak...ngeh3
tuk masa dpan gak..

jom masak..excited cari resipi masakan..
mahu msak new recipes cuti chinese new year ni..
kek? pizza? nasi kerabu? nasi tomato...sedapnyeee..dan bykkk lagi..
hee~!

Saja nk sharela..baca ek.


KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik
dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya,
merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah,
11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium,
sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi
bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino
yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan
yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan
kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Friday, December 24, 2010


AKAN KU JUMPA- Azfar

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Kalau berpacaran ^_^

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x


p/s: SEBENARNYA, TAK BOLEH PANDANG2 PON..AISHH LA..berdua pon cuba elakkan la eh..

Thursday, December 23, 2010

Salam..
nak tulis apa eh?
Tadak ap2 kot..
Aku nak balik!!!
NAk jumpe my hansome aisyi and the beauty,damia...
alahai..huk2
Bila ni boleh jumpa mereka..?
Ada baby sendiri kan best??
BUT..kena finish my study first..I guess so
Agk susah la..
Aku redha jela..
Tunggu jela yer cik syamimi..
Belum smpai masa lagi tu..

wahh..baby mmg sgt cute kan2?
yet, hard to nurture la..

Okla..bubye2 -!

Wednesday, December 22, 2010

..Salam..
Alhamdulillah ^_^
yeay..yippie...haha
finally got to go through that with victory..
victory??..what's so ever..

Overall GOOD...hehe
Actually i was presented on the dental health education on orthodontic patients..
Ketika semangat kian pudar....sebab??malasla nak ckp sebab pe..tpi mmg aku DOWN giler ah..
Bila doc kte good..but still there is area of improvement..
okla..sedap la hati ni sket rather than not giving chances previously..
seyeslah..down...down gilos..terasa macam sia2 je lots of effort yg aku spend selama berminggu2..al-maklum..presentation ni di evaluate,okey....=_=
kalu korang paham..then, it's good..xpaham pon xpe..ade aku kesah??

Kalau org yg cakap je lebih,tapi bila aplikasi x serupa yg dicakap..mmg org tu xleh blaah la kan?
Malas la nak pikir lagi..benda dah lepas tu..biarkan ia berlalu walau ia menusuk2 kalbuku..huk3..
nasib x nanges jer la..

Scaling pon xlepas ni..gano eh? kena kasar cket kot..baru tubik karang2 gigi tu..xpela..next time cuba lagi..sy kan budak baru belajar..gini la.
Macam2 kot..
tapi radiologi dapat good gak..ngeh2..suka la..
dah dewasa pon..mcm bdak2 je..but kalu diappreciate certain things tu,memang hati aku ni akan berbunga2..bukan bangga ke riak ker tapi rasa dihargai la.
Mungkin fasa sekarang ni, suka org puji2 sket kot..hehe
dulu pon suka gak tpi bila certain org puji la..
Kalu laki puji je..aku xsuka..
Kenapa eh? naluri aku gini nak wat gano kan?
Sbb aku mmg byk problem dgn laki ni..dlu kan anti-lelaki..
Sbb tu la kot..
Skg pon lebih krg je kot..haha
lantak ah..

Setahun setengah plus plus...
Kena hadapi tau..
Kamu kena ingat..kejayaan yg hakiki itu dari usaha doa yang tidak putus2..
Bernilai bila ia sukar dicapai dan digenggam..
Yakini itu k..

Sekian dulu, salam..

Study lak k..^-^


Tuesday, December 21, 2010

Salam..
My heart is fragile..
Easy to break, easy to get touch but not so easy to fall in LOVE..
Wah2..bertuah lah org yg berjaya menambat hatiku ini..
hehe..

Dah jadi suami org la..org yg kita kononnya "suka",
xmesti kita kawin dgn dia ,lagi2 la dia bukan Allah peruntukkan untuk kita..bukan jodoh kita.
Ada hikmah semua tu..Berbaik sangka selalu yer.
Lain tu, cinta monyet zaman dulu kala
Kdgkala, aku terfikir..lebih baik jika org tu suka kita atau kita suka org tu?
Maknanya di sini..sebelah pihak la...
Aku rasa lebih baik dgn org yg suka dan sayang kita dari kita je suka dia..padahal dia tu tak pastila suka ke tak kat kita ni..Tapi, aku ni degil..kan pdn dgn muka tu.
Lebih baik jika kedua2 belah pihak merasa aman dgn suatu perhubungan itu..plus direstui org tua kedua pihak..malas la nak baloh sokmo..
Kalu dah xserasi, mungkin perpisahan adalah lebih baik..
Bahagia itu dicapai dgn komitmen dari dua pihak..plus doa agar dikurniakan bahagia..cinta...kasih sayang dan lain2 lagi.

Ciri2 laki idaman Syamimi: hahaha..layanla kalu nak layan if not just ignore k, ;)
1.Beriman dan bertaqwa: xtinggal smyg, solat d surau @masjid
2.Berilmu: ilmu agama didahulukan
3.Berkepimpinan: boleh memimpin dirinya,aku, dan keluarga aku dan dia
4.Tidak merokok
5.Hormat dan syg ibu bapa
6.Tidak berkawan dgn ramai wanita...huhu..jeles kot.
7.Berkerja dgn pekerjaan yang baik dan halal
8.Kacak ^-^ haha..atau sedap mata memandang
9.Berani: bertempat la..xyah hurai,phm2 sendiri je bila sampai msanya..
10. Matang: fikiran dan tindakan..

Jadi, dah cukup 10..
bukannya rigid pon..boleh modify lagi ni..
Ikut turutan la priority nye
Kalau muka kacak tpi xde iman..sorry la..
Aku prefer lagi muka xberapa kacak tpi beriman..





Wednesday, December 15, 2010

Salam..
How are you?
Today, my turn is on periodontal session..
I was doing my clerking, taking history of the patient..probing..measuring the pocket and gingival recession all that..proceeding to dental health education ( diet counselling and oral hygiene instruction)

Then, the other friend asked me..
Why you always got handsome patient?
Me: hurmm...I just smiling...handsome ker? Boleh tahan la..

I'm asking that guy, do you ever afraid of teeth extraction?
He's smile then nodding and I asked him again..then he said, he can tolerate..

Why I'm asking that?
Because some of so call MEN are actually afraid of their teeth being extracted..
Not all but they are quite a lot..
I got painful experience of my wisdom teeth being extracted also..traumatised for quite a long duration..

Extraction is very fascinating..If you get to master the real technique..
No pain if no infection..
If patient got infection, tha local anaesthesia given will not going to work properly..
So better to discharge the patient and give them antibiotic instead of extract that teeth.

Biasalah sakit tu..
Kalu dulu org2 lagi mantap la kiranya sebab diaorang x pakai ubat bius langsung kot..
Main cabut guna playar je or anything that can hold the teeth even their bare hand..

Jangan la takut okay..
Kalu sakit ..raise your hand or u just hold the dentist's hand..tell the dentist that you are in pain..
Then we will add on the other cartridge..
okey?? hehe




Tuesday, December 14, 2010

Maya Karin (Ajai / Nurul)

Erti Cinta

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

( 1 )
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

( ulang dari 1 )

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar


Besto amor..hehe ^-~

Monday, December 13, 2010

Salam..
again pasai jodoh..
Aiyak..penat eh gini.

Tadi buat repair denture bersama technician saya (En Y)
then,suddenly

En.X: coming..
En.Y: tanya la sendiri
Me: wondering..
En.Y: mimi, xde lagi kan?
Me: emm..xde
En Y: kan betul, budak2 ni xsey bercinta2 ni..dia nak tunang,nikah terus..
Me: ha, betul..malas la, asyik baloh sokmo.. @_@

Kesimpulannya, kalau berani...dan betul2..buat bende2 yg betul la..
Jgn la harap aku nak balas cinta korang tu..
Memang aku tak nak balas pon..
Aku hanya akan bercinta dgn laki selepas jdi suami aku jer..
Xpayah nak bazir kasih sayang kat org yg belum tentu pon jadi suami aku esok2 nih..
Nampak mcm senang je tpi..
SUSAH GILER kot..nak explain kat org..tpi kdg2 xyah xplain..boh layan jer..huk2

Aku bukan nye play girl..so dri awal jual mahal..senang kann??
hehe
Aku xsuka laki aku main kayu tiga ke empat ke..aku pon xbuat la cmtu sedari awal lagi..

Gentleman..?come and see my parents..huuu







Sunday, December 12, 2010

SALAM..
jelesnye..huk3
sangat jeles..

Bila la time aku eh??
Nak tunang etep..nak nikoh etep..
Tapi malu benarnye..
Nak oyak ke mak pon malu eh..
huk..huk..huk..

Calon.....!
Cepat sket gak..
Nanti de ore lain masuk minang..1st come 1st la to be consider..
Aku membebel kat cni pon..bukannye CALON bace pon..
huhu...

Biarla..kalau awak boleh rasa apa yg sy rase..ade la kot jodoh kita tuh..
I'm waiting for my sparing partner la..
ohooo..so hard and difficult..
I can't really choose which one..

Oh, Allah, show me the way..
Aku hanya mahu kekasih yang halal...
Aku tak mahu kekasih yg tak halal.
Bantu aku mengharungi ujian Mu ini..

Saturday, December 11, 2010

Mengapa Allah Dahulukan Cinta?

http://aizatzainudin103.blogspot.com/2010/12/mengapa-allah-dahulukan-cinta.html


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan cinta(mawaddah) dan belas kasihan(rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)


Pergi ke mana sahaja forum atau ceramah yang berkisarkan dengan cinta,tidak kisahlah cinta manusia ataupun cinta monyet, penceramah pasti menggunakan ayat di atas bagi mengupas isu cinta kerana pada ayat ini Allah secara berterus-terang menyatakan manusia diciptakan untuk saling mencintai malah ayat ini menekankan bahawa perasaan cinta itu harus ada untuk dua jantina yang berbeza, lelaki dan perempuan, suami dan isteri.Maka,tidak hairanlah jika ayat ini dipilih oleh penceramah untuk menerangkan tentang cinta. Ayat yang sama saya dengari pada khutbah minggu lepas yang berkisarkan tentang perkahwinan. Khatib menjelaskan bahawa masalah atau kanser yang berlaku dalam masyarakat kita berpunca daripada institusi keluarga dan masalah dalam institusi keluarga ini bermula di saat perkahwinan lagi.

Berapa ramai yang hidup mewah tapi tidak bahagia kerana isteri dan berapa ramai yang hidup bahagia tetapi tidak mewah,juga kerana isteri. Isteri mesti memainkan peranan dalam menjaga kebahagian rumah tangga dan begitu juga suami.Dan masalah pada hari ini juga berlaku dek kerana ibu bapa menyekat anak-anak daripada berkahwin awal,atas alasan mereka belum bersedia dan tidak mampu menanggung anak orang.Jadi,mereka yang dikatakan tidak bersedia itu tanpa segan silu mencari pasangan yang juga kurang bersedia untuk melepaskan nafsu mereka. Ana terus angguk dan mengangguk,bersetuju dengan apa yang dibicarakan oleh khatib. Tiba-tiba,apabila khatib membaca ayat di atas dan menekankan perkataan mawaddah dan rahmah itu,ana tersentak dan tersedar akan satu kebesaran Allah dalam penciptaan manusia. Seperti ana selalu tulis,ayat quran tidak diturunkan secara rawak.Jika Allah sebut baik dulu baru sempurna,maka ada sebabnya. Jika Allah sebut perempuan dahulu baru lelaki,juga ada sebabnya.Allah tidak pernah mengeluarkan apa-apa fakta yang tidak mengikut susunan.Allah susun ayat Nya satu demi satu,dari setitis air mani,Allah susun kepada embrio,fetus dan manusia.Lihatlah betapa agungnya Al-Quran dan hal ini menjelaskan kepada kita bahawa bukan Muhammad yang menulis semua ini.Namun, jangan sesekali kita menafikan kebijaksanaan dan mukjizat Rasulullah.

Persoalannya di sini,mengapa Allah sebut cinta dahulu baru kasih sayang?Kenapa Mawaddah dahulu baru Rahmah? Jika ikut kepada akal yang waras,mestilah berkasih sayang dahulu barulah cinta itu lahir tapi mengapa Allah sebut cinta dahulu barulah berkasih sayang?Pelik tapi ada logiknya. Semua ini sebenarnya menepati fitrah kehidupan manusia.Kitaran hidup manusia bermula daripada bayi kepada kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada orang tua.Dan kebiasaan manusia berkahwin pada umur 15(baligh)-40(sebelum monopause) iaitu ketika kitaran remaja dan dewasa.Memang ada kanak-kanak yang kahwin seperti Saidatina Aishah dan memang benar ada juga orang tua yang kahwin tetapi bilangan golongan sebegini tersangatlah sedikit.Maka,boleh diabaikan.



Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa.

Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan.

Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta.
“Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan ana dari lamunan panjang.

Thursday, December 9, 2010

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

· · Share

Wednesday, December 8, 2010

SALAM

Hari ini mendengar pengisian daripada Dr.Hafidzah also known as kak pit..
Tajuk perbincangan ialah: The Power is in your hand..

Sebenarnya...terlalu banyak benda2 yang sering dianggap enteng oleh kita.
Sebagai umat ISLAM..seharusnya kita membentuk diri sendiri menjadi insan yang bermatlamat..
Apakah matlamat kita? IBADAH, KHALIFAH

Ibadah itu bagaimana? Kita sering disogok dengan hanya sembahyang,puasa,zakat,menunaikan haji di Makkah...
tapi cukupkah semua itu untuk melayakkan kita menjejakkan kaki ke syurga..
Betapa LALAI dan ALPA nya kita..

Kajian dibuat oleh kaum Y( I,s,r,a,e,l) menunjukkan penduduk Malaysia tidak perlu pon untuk diserang..
KENAPA?
Kerana MEREKA telah berjaya menyogok masyarakat kita dengan hanya perang saraf..perang secara sembunyi..
Lihat saja, hiburan disana-sini
COUPLE dianggap seperti trend
Pergaulan bebas lelaki dan wanita
Artis sebagai idola..
Rakyat tidak mempraktikkan ISLAm

Sebenarnya kita harus dan mestilah kasihan pada diri kita..
Kita teramat rugi..sangat rugi jika kita tidak mempunyai matlamat hidup..

Salah satu sebab mengapa insan2 yang terpilih seperti Imam Hassan Al-Banna dilahirkan untuk menjadi perintis kepada kebangkitan ISLAM, di mana selepas kelahiran beliau, Islam mengalami kejatuhan..Beliau berjaya membangunkan jiwa2 ISLAM dalam masyarakat pada masa itu dan ISLAM kembali bersinar.
Beliau meninggal pada umur yang muda dengan tercapainya matlamat iaitu kebangkitan umat ISlam...

Kata Kak Pit..
Bagaimanakah jika anda ditakdirkan diambil nyawa sebelum bergraduasi??
Sebelum sempat menjadi doktor gigi?
Sebelum sempat berkahwin pon?

Jawapannya, bukan nya natijah yang menjadi hitungan di akhirat kelak tetapi USAHA menuju satu matlamat..

Dianalogikan seperti seorang pemain bola(wanita) memakai stetoskop di telinga merujuk kepada doktor menyepak "bola dunia" melalui kotak penalti (PROZAH->Professional + Ustazah) seterusnya masuk ke "gol akhirat" The last target..

Siapa kata doktor tak boleh jadi ustazah?
BOLEH je..

Pekerjaan yang baik ialah guru dan juga doktor..
Dua orang dah panggil aku ustazah..huhu
Amin-!
Penampilan aku tak macam ustazah pon..tapi aku berdoa semoga Allah membuka hatiku untuk berubah menjadi yang baik..
Mak aku kat sekolah dia ada 3 gelaran: Jawatan mak aku cikgu sains sekolah menengah..
1.Teacher (sebab mengajar sains dalam bahasa inggeris)
2.Ustazah sebab bertutup litup dan bertudung labuh
3.Cikgu


Ada satu cerita yang sangat menarik..aku harap sangat aku sempat menceritakan semua ini kepada anak2 aku nanti..mungkin sebagai bed time story..

Kisah ghulam(seorang kanak2) yang paling cerdik dipilih oleh Raja untuk belajar ilmu sihir dari penyihir yang hebat tapi sudah lanjut usia..
Kanak2 ini dalam perjalanan belajar ilmu sihir,singgah ke suatu tempat untuk belajar agama.Setiap hari begitu..
Kelewatannya menyebabkan dia dipukul oleh penyihir tua itu
Guru agama kanak2 tersebut suruh kanak2 tersebut membuat helah..supaya aktiviti dia tidak diketahui penyihir tua..

Dan pada satu hari,ada seekor binatang yang besar menghalang perjalanan kanak2 tersebut..
Dia mengambil seketul batu dan berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkan aku mana satu yang benar, penyihir atau guru agama, Jika guru agama benar, maka matikanlah binatang ini..
Dan dia lalu melemparkan ke arah haiwan terbabit dan haiwan itu mati..
Org ramai yg melihat mengatakan bahawa budak tersebut pandai ilmu ...sihir.

Dan seterusnya budak itu menceritakan kejadian tersebut kepada guru agama..
Seterusnya dia dapat menyembuhkan penyakit sopak dan mcm2 lagi..Jadi terkenallah budak itu.

Datang seorang buta berminat untuk berubat dgn budak terbabit.
Dan budak terbabit menyuruh lelaki tersebut beriman kepada Allah terlebih dahulu..dan lelaki buta itu beriman..maka budak itu berdoa..Dengan nama Allah, sembuhkanlah penyakit lelaki ini..dan lelaki terbabit sembuh..Raja sangat terkejut lalu, meyuruh lelaki tersebut menceritakan apa yang telah berlaku..Apabila puas diseksa,barulah lelaki terbabit mengakui bahawa dia telah beriman kepada Allah..kemudian raja menyeksa budak terbabit.Oleh kerana itu, budak itupon membongkarkan perhal guru agama.
Guru agama dipaksa untuk tidak beriman tapi tidak berjaya dan akhirnya dibunuh

Kemudia raja menyuruh konco2nya pergi ke bukit untuk membunuh budak tersebut.Budak itu berdoa: Ya Allah, selamatkan aku seperti yang Engakau kehendaki. Dan bukit bergegar dan semua konco raja mati.
Budak itu pergi semula kepada raja dan sekali lagi dia dibawa ke laut untuk dibunuh tetapi masih tidak berjaya..
Lalu bertanyalah raja tersebut.Apa yang kamu mahu?

Budak tersebut berkata: Kumpulkan semua rakyat jelata dan Kamu boleh bunuh saya dengan berkata. Dengan nama Allah, tuhan kepada budak ini, matikanlah budak ini..
Dan raja melaksanakan permintaan budak itu..
Panahan dilepaskan dan terkena telinga budak itu..Tangannya mengusap telinga yang luka itu dan akhirnya dia meninggal
Melihat kejadian tersebut, semua rakyat mempercayai dan beriman kepada Allah. Raja menjadi panik dan berkata perkara yang aku tidak mahu berlaku telah berlaku..

Dan ditakdirkan Allah, bayi boleh berkata2 kepada ibunya: Ibu, kamu berada di jalan yang benar..

Dan ditemui mayat budak tersebut pada zaman khalifah umar, dengan tangannya masih memgang telinga yang luka...
bermakna??? Budak tersebut mati syahid..

MasyaAllah...
hebatnya....

Tuesday, December 7, 2010


Salam maal hijran kawan2
Kawan2 alam maya sekalian..
hehe

Apakah azam kamu?

Azam saya ialah:

1. Bangun pagi untuk berqiamulail..dah lama xdapat bangun..sempat solat subuh je..solat sunat sebelum subuh pon dah jarang..huk3

2.Tidur awal dengan sempat membaca buku2 dan tafsir al-Quran.Bangun subuh dan cuba untuk tidak tidur semula..Susah nak ubah habit ni tapi xcuba,xtahu kan..ganbatte..mimi-san ^-^

3.Menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

4.Study dengan alunan dan tona yg istiqamah..ewah..

5.Menjadi wanita solehah..huhu..Saya nak kahwin dgn lelaki soleh. Ada ker lelaki soleh atau lelaki yg cuba menjadi soleh yg berkenan nih? Sila masuk meminang cepat..upss.. **blushing**

6.Menabung untuk kahwin..hehe..untuk masa depan..BERJIMAT2..baru ekonomi stabil.







Monday, December 6, 2010

Salam...

Suka dan duka
Manis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Hidup bukan untuk berseronok je..
Banyak tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan
Seiring dengan pertambahan usia, tangungjawab juga makin bertambah..
Hadapi dengan kuat dan penuh rasa bertanggungjawab kerana..
Anda akan disoal di akhirat kelak
Huu..takut..

Sunday, December 5, 2010

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.



- Khlail Gibran : Persahabatan
Salam everybody ^-^

BENCI..itu je aku nak kata sekarang ni..

Student's life much differ than working's life.

Nak kerja cepat2 la.. so depressed being a student..dental student ofcoz-!

Macam tergedik2 pon ade gak kot..

Aku xsuke ah...

Patutnya pesakit datang kpd dentists bukannya dentist terkial-kial cari pesakit..

What the heck-!

Dapat rawatan gigi FREE pon sebenarnye cukup bagus bagi kamu..
Nak demanding sgt apehal??
Siap bagi FREE dental educations kot..
Sume FREE..tolonglah cooperate sikit..
Datangla klinik gigi..susah ker??

Gigi cantik xpe gak..malas nak datang
Ini sebaliknya..
Keikhlasan ku goyah..saat 2 macam ni la..
sakit hati ah..

Dentists dah la sikit dalam Malaysia ni..
Boleh tolong hormat sikit x?
Aku dah cukup baik rasanya la kan..
Kalu ikut hati,siap kena tengking kot dalam telefon..
SABARLAH duhai hati---!

Ada hikmah kot..
Balik tido kat bilik la -BEST sket..

Esokla..berusaha sedaya mungkin yer..
Kejar requirement yang berlambak tu..
Mmg x masuk akal kot..tapi, aku kena dan harus lalui semua ni..

Cepat2 la masa berlalu..aku dah x sabar2 nak jadi doktor gigi..
Aku nak keje...!
Nak kejar impian aku..next step ^-^


Friday, December 3, 2010

Salam..
Sorry,I just can't be the way I wish I could be.

LIFE...is just a moment and can never be compensated to the day after life...which is more in everythings..

Maybe I'm alone in my life..maybe I feel very restless in some part of my workload..maybe I just feel tired of everythings.

But just remember..Nothing is perfect..
I don't so..BUT
I wish I could become stronger becoming super duper human..
I don't expect anything in my relation..with somebody to be called _ _ _ _ _ _ _
I don't expect you to be my very good friends of mine..since I'm not good at all..

I don't expect someone taking care of me as what I had gone through..
I don't expect someone to be fall in love with me though I wish I could find the true man..that will be honest and becoming a good sparing partner in life and afterlife.

It's really hard to me..because you know nothing of mine also..Don't be judgemental person especially If you are trying to judge me, I'm nobody to be judge at all..
Just rewind and judging ourself is the best of all..


Andai kau mampu membimbing ku ke jalan yang Allah redhai..
Aku redha dengan hubungan ini..
Andai kau jujur cuba memahami hati yang sering dipermainkan ini, aku berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kamu
JODOH ku begini sukarkah?

Ya Allah..aku pohon insan yang terbaik untuk ku..tolong pandu hatiku..
Dekatkan aku dengan dia andai dia benar jodohku,
Jauhkan dia andai dia tidak baik untukku,
Tabahkan aku,
Tunjukkan aku jalan yang benar
Jagalah hatiku agar tidak terpesong dinodai syaitan yg direjam

Banyak dugaan hidup..
Sekarang MENCARI....
Kemudian MENCARI dan MEMELIHARA

Lepas kahwin pula, terdapat ragam dan dugaan perkahwinan..
andai sejak dari mula hubungan itu dikotori dengan maksiat..seharusnya pengakhiran nya bagaimana?
Bercinta 10thn sekalipon belum tentu
menjamin rumahtangga bahagia untuk 10 thn perkahwinan..
Kenapa terlalu banyak rumahtangga yang rapuh...?
Suami di kebas orang..
Isteri jatuh hati dengan laki lain
Suami bercinta dengan wanita lain sedang isteri sarat mengandung

Ya Allah..beginikah dunia sekarang.
Beginilah manusia yang tak pernah bersyukur..!
BODOHkah mereka?
Terlalu mengikut nafsu buas yg tak pernah puas ditambah dgn sogokan godaan syaitan2..
Hati berbunga, mata buta..semuanya indah belaka..

Kalau kamu merasakan hatimu tidak selesa sekalipon sebesar biji kacang..tinggalkanlah hubungan yg kotor itu..

Jikalau pengakhiran hbgn tersebut ialah poligami..
lelaki tersebut sebenarnya bukanlah lelaki yang layak utk membimbing and menjadi ketua keluarga yang bijak dan saksama..

Wanita..yang mempunyai pasangan hidup yg terbaik sahaja akan membenarkan psgnnya berpoligami..tapi itupon bukan kerana cinta kedua atau ketiga tetapi atas dasar tanggungjawab suami itu terhadap bakal wanita yang akan dikahwininnya..

Masalah nya satu je..lelaki zaman ini terlalu ramai yg tak bertanggungjawab..
Sedangkan ramai wanita2 yg hamil di luar nikah..
Sedangkan bayi2 dirogol tanpa perkemanusiaan..
Inikan ada hati nak berpoligami..

Mampu kah menanggung dan memikul DOSA2 yang menjadi dua kali lipat? dosa2 isteri2 nya,dirinya, anak2nya??

Diri pon tak betul..HOW??

Sebenarnya..itulah dilema wanita2 sekarang.








Wednesday, December 1, 2010

Lirik Pencari Jalan Mu - Afgan

Telah banyak yang kulewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasihMu

Reff:
Kuingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang tlah kuperbuat hingga kini

Kuingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalanMu

Bersihkan..
Terangi hariku

Tiada yang ada selainMu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkanMu

Aku yang hanyalah manusia
Yang mencari jalanMu
Yang pasti kembali padaMu

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-pencari-jalan-mu-afgan.html#ixzz16rOHabmI

Doa agar mudah melahirkan anak

Assalamu’alaykum para pembaca semua khususnya buat wanita yang sedang hamil atau suami yang isterinya sedang hamil. Saya ingin berkongsi doa yang sering saya amalkan setiap kali hamil. Kali pertama saya dapat doa ini, saya taip dan cetak. Kemudian saya tampal di dinding berhampiran tempat saya solat. Saya baca doa ini setiap kali selepas solat sehinggalah saya hafaz doa ini.

Para suami boleh hadiahkan doa ini untuk isteri tercinta yang sedang hamil.

Saya syorkan cetak doa ini dan laminate kertas doa agar dakwatnya tidak luntur bila terkena air. Ia juga boleh disimpan lebih lama untuk kehamilan seterusnya.

Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.

Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W


Tuesday, November 30, 2010

Salam..dah lama x menulis..

Aku ade baca solusi..majalah yang famous la skg ni..

Byk ilmu2 boleh didapati..try la beli..dan baca ye..

Xsempat nak mengarang ayat disebabkan..
1.Internet yg lembab mcm pe lagi
2.Sibuk berklinik.
3.Xde inspirasi nak menulis..

Tadi dah fix, aku nye wireless connection, hati tenang sedikit

Minggu ni klinik:prosthodontik@gigi palsu, tampalan @konservatif, periodontik,pedodontik@kanak2
minggu depan klinik cabutan:Oral surgery..

Too excited too extract the teeth...oho hoo~
Walaupon sukar tapi cabaran itu la lebih penting..

Cabaran hidup mengajar kita erti dan nilai kesabaran dan kedewasaan..

Kita buat apa yang kita rasa betul..dan memang kena betul la patutnya..tak perlu nak ikut orang..

Ada satu artikel yg menarik hati aku la..
Menceritakan perihal semangat ambil berat @ caring dalam kalangan masyarakat dan penulis merujuk keadaan masyarakat tempat penulis belajar iaitu Indonesia.
Di sana, mereka sangat mengambil berat dan prihatin terhadap jiran tetangga..
Lepas baca artikel itu, tergerak hati aku nak jadi doktor gigi yang baik..
anak yang baik
jiran yang baik
semualah status2 kemudian tu nanti,yang baik2 je..

Salah seorang pesakit aku, siap mesej bahasakan aku anakanda syamimi..
wah, terharunya hati..tersentuh kalbu..sbb pertama kali orang panggil aku mcm tu..
mesti anak makcik ni bahagia dapat ibu caring mcm dia..
Dan beliau ada anak sorang sebaya aku buat perubatan di Indonesia..

Do the best you can~!
Sekian ^-^


Wednesday, November 24, 2010

Salam..rigid itu aku..
certain things..i'm very rigid.....
xpyh la bagi contoh...biar aku je yg tahu..

Semangat betul klinik tadi..... ^-^
Sebab?? heeeee~
Doktor best!..mmg best la Dr zurairah(periodontist)....i love it..
tapi tadi sesi partner dental chair aku ah..Nadiah..how we learn is actually from our mistakes..
that will remain still in heart and mind..

ohoo..suke2...
Aku nye sesi petang....dengan kanak2..best jugak..rasa puas apabila kita memberi ilmu kepada pesakit kita...adik tu pendiam je..aku la dok pot pet..pot pet....
Aku wat tampalan gigi depan adik tu..2lubang sudah ditutup...pastu bagi flouride application sapu kat gigi dia..sbb gigi dia dah kaler putih2..tend to dev caries later on..

tinggi kot..170cm..mcm si wafi la(si bongsu)..tinggi dan keding
aku pendek ah..huhu..
pompuan..dimaafkan la kot..
MY WISH: Clinical years...so tough..so much pressure..so much workload...
BUT one thing I should always need to remember is............
Perjuangan itu pahit..Manisnya adalah apabila perjuangan kita diberkati...mudah dan susah,itukan aturan hidup...

Macam2 dugaan hidup datang..yg pergi,yg datang.....yg mati,yg hidup...

YA ALLAH, kuatkan aku....
Aku mohon kekuatan dari-MU...

Setiap hamba diuji sesuai dengan kemampuannya...S.A.B.A.R lah wahai syamimi.........aka mimi ~!





Sunday, November 21, 2010

Salam..suara serak basah..rocky gtew..ehem..
Tonsilitis..infection of tonsil...
Cm nak cbut buang pon ade gak
STRESS...yg membuak2..ayat apekah..rosak bahasa..aiyaa..

Cepatlah sembuh wahai anak tekak..kecek ngn patient pon..ala2 rock ah..
Huhuhu...

Ketupat...

Rendang..bikin sendirila..huhu..
first attempt owh..not bad..good la kot..kah2

Lapo2...
mak suh diet..prepare nak jadi pengantin..huhu..
aku kte lmbt lag..dari awal la prepare...balas mak
aku kate..mak pengantin pon kene diet etep..
mak aku kte..mak pengantin, org x heran dah...

APEKAH>>

Aku kurus..org bising..
Bdn naik..org bising gak..
S-I-B-U-K laaa...biar ah..ade gak org minat..kurus kang..lagi rmai peminat..sape yg susah?bese2 sudaa..


Ishk2..biarla..nanti kurus la tuh..klinikal yers..bese cmtu..tpi xtau la..ayoyo~berisi jadi kurus..ekeke~tgk je nanti..the progress..


Friday, November 19, 2010

Salam semua...

Wah..wah...wah...
Jelesnye......

Saya nak jugak cmtu ^-^

Ape kah dia? dang.....

Biarlah Tuhan je tahu...


Salam...

Nak merepek apa pagi2 buta nih...?

Xde ape la..

Suka melihat status rakan2 saya...dari single ke married..

Barakallahulakuma~

Emm..hehe..berani je diaorang tu muda2 lagi dah mendirikan rumahtangga...supportive family tu penting plus supportive friends...^_^

Semoga diberkati usaha dan niat murni kalian..dan masjid yg dibina itu berkekalan sehingga ke syurga..dengan izin Allah..

Raise your hand and make a doa..

Sebagai hamba Allah..cukuplah Allah sebagai penjagaku..dari tipu daya yg terlalu banyak di dunia yang fana ini....

JANGAN MENIPU..NANTI KALIAN TERTIPU..




Thursday, November 18, 2010

Salam....

Hari raya pertama..
.........................................sila isi sendiri space di sebelah..


Then..malam..
Masak..........tapi still liat daging2 tu..

Xpela..dpt baham jgak kot...

SMS
Patient: Garang dr ni

Aku:dalam hati je ni.."Penat la nak melayan..nasib awak sorg je buat mse ni..kalu 100 org patients saya mcm awak..ish..mmg sy sembelih je awk tau..."

Miscal:>3kali:sengaja tak jawab..huh

Nak menggatal la tu..ohoo..silap org la..

GanO ek??

Budak pengajian Islam...25y.o~

Budak ke? haha..lantak ah..

Kena fire tu bese la..spe suh nak berkawan dgn sy...?

Sy x lembut, x sopan-santun, x cantik......................

DAN x suka perempuan ke lelaki yg suka menggedik.......

I Love The Way I Am......

Xkisah kot dgn status IN A RELATIONSHIP..

Bajet je sume tuh...

BERCINTA bukan pada haknya...bukan kpd org yg sepatut dicintai...

Sayang...? Lalink.....?Mama...papa....? Dear...?

LUCU...tapi itulah sebenarnya bahang org yg hangat bercinta...bergayut berjam2..bese je~

Kalu dah smpai thp tu..wajib je kamu2 BERKAHWIN...jgn tunggu lama2..nanti lama2 dia dikebas org....^_^

Sekian~ ^_^ ~

Sila jumpa mak dan ayah saya jika kamu benar2 jujur............
Saya membantah keras "COUPLE"
If you are good..then you must respect my decision...

Saya tak baik..dan x mengharap lelaki yg baik..
Cukup sekadar lelaki yg JUJUR...Beriman...Bertanggungjawab

Boleh membimbing saya ........dengan BETUL...

Susah ker? Mmg susah pon...



23y.o:
Muda lagi..belajar dulu la..saya bkn kategori yg wajib kahwin pon..


Tuesday, November 16, 2010

Salam aidiladha semua~

Airplanes...
layan~ hee!

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin' and smashin' and crashin'
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes a time where you fade to the blackness
And when you're staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that's just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin' what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I'm late
I'm on my way so don't close that gate
If I don't make that then I'll switch my flight
And I'll be right back at it by the end of the night


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
B.o.b. Airplanes lyrics found on http://www.directlyrics.com/bob-airplanes-lyrics.html

I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Somebody take me back to the days
Before this was a job, before I got paid
Before it ever mattered what I had in my bank
Yeah back when I was tryin' to get into the subway
And back when I was rappin' for the hell of it
But now a days we rappin' to stay relevant
I'm guessin that if we can make some wishes outta airplanes
Then maybe yo maybe I'll go back to the days
Before the politics that we call the rap game
And back when ain't nobody listened to my mix tape
And back before I tried to cover up my slang
But this is for the Cada, what's up Bobby Ray
So can I get a wish to end the politics
And get back to the music that started this sh-t
So here I stand and then again I say
I'm hopin' we can make some wishes outta airplanes


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)

Sunday, November 14, 2010

Salam....esok balik...kanjung...(versi mak)..kampung la mak ~

hehe..

Kepenatan berklinik itu..haruslah dilupakan...

No pain..no gain...

Segulung ijazah doktor pergigian haruslah digenggam in the end of may 2012..

Walau setinggi gunung everest..sepanas api gunung merapi pon.......kena harungi gak la...

Haha..aku takut tinggi kot..

Xkesahlah...

Life must go on..

Go babeh...no need to worry..Allah knows what's the BEST for you...

Pray a lot...May Allah bless my way............

Antara dua dunia..cita2 dan cinta...........

Sekali..dua kali..tiga kali ,beribu2 kali tersungkur....

Mestilah kena bangun sendiri..

Biarlah apa cara sekalipon..seharusnya merangkak? aku kan merangkak...

Seharusnya bertatih..aku kan bertatih...

Seharusnya berjalan.......aku kan berjalan...

Akhirnya...ku harap..aku dapat berlari2...nek basikal ker...then naik motosikal ker..naik kete ker...............mengapai bintang2 yg menjadi igauan aku sejak dulu....

Bintang aku........

Pastikan ku gapai jua..

Dengan izin Allah....

Kamu...tunggu.....saya............okkey??




Friday, November 12, 2010

Judul: Aku hanya wanita biasa
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..


Ditulis oleh authorhttp://www.facebook.com/l/0665f3OMv36Sn1Cd1HEwksgdS2Q;oaseimani.com, dan dipublish di ;http://www.facebook.com/l/0665ftLUDAuUj9FsyFIiThwyN9Q;www.oaseimani.com/aku-hanya-wanita-biasa.html
ibnu bari el afifi
oaseimani
Semoga bermanfaat. Akhukum fillah....,