Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
P/s: Hohoho..baru 1st time dgr lagu nih..tu pon mse dengar nasyid by kump nasyid usm sempena opening ceremony Minggu Penghayatan Islam yesterday..theme MPI thn ni "Bersama memartabatkan ISLAM"
Terasa jahilnye diriku ini..manusia bole berubah kan??Towards transforming into better person ..even only a bit..
No comments:
Post a Comment