1.Kisah Hasan Al-Basri
Sebaik sahaja Sayidina Ali r.a dilantik menjadi khalifah lantas terus berkunjung ke masjid-masjid di dalam negara untuk memastikan perjalanannya.
Sekali peristiwa semasa di Basrah, beliau telah berpeluang mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang budak lelaki kecil. Majlis itu dipenuhi orang ramai. Selepas tamat majlis itu, Sayidina Ali memanggil orang muda tadi lalu berkata
"Wahai budak, engkau telah berkata dan engkau sungguh pandai dalam berkata-kata dan engkau seorang yang fasih dan engkau menepati (kebenaran). Aku akan tanya kamu 2 soalan, yang pertama apakah dia tiang agama?
Jawabnya, "Wara' "
Sayidina Ali bertanya lagi,
Yang kedua, apa dia perosak pada agama?
Jawabnya: "Tamak"
Sayidina Ali seterusnya berkata:
"Teruskanlah wahai budak. Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik orang yang aku lihat"
Budak kecil itu ialah Hasan al-Basri. Budak kecil ini sampai ke peringkat ilmunya yang tinggi disebabkan pendidikan yang dilaluinya di masjid, kerana kepimpinan dan ilmu itu diperolehi di masjid.
2.Kisah:Abdullah bin al-Zubair
Ketika Abdullah bin al-Zubair berumur 12 tahun, pernah Sayidina Umar lalu menghampirinya.
Kanak-kanak lain yang sedang bermain dengannya bertempiaran lari kecuali Abdullah bin Al-Zubair.
Semuanya lari kerana takut dengan ketegasan Sayidina Umar kecuali Abdullah yang hanya memandang kepada Amirul Mukminin itu.
Umar mengucapkan salam padanya kemudian beliau terus duduk di situ dan bermain sehingga Sayidina Umar bertanya kenapa kau tidak lari seperti kawan-kawanmu?
Abdullah menjawab:
"Aku bukannya zalim lalu aku takut padamu
dan jalan pun tidak sempit supaya aku beralih
dan aku pun tidak buat dosa sehingga aku perlu lari."
Umar r.a gembira dengan keberanian pemuda kecil itu dan mengusap-ngusap kepala anak itu lalu berkata pada sahabat-sahabatnya:
"Anak ini akan hidup dalam kehebatan."
No comments:
Post a Comment