Iklan TV3
Dalam dunia haiwan, tiada manusia
Dalam dunia manusia ada haiwan
Insaflah
Iklan berkaitan isu buang bayi yang kian menular saban hari.
Malang sekali bayi2 ini dibuang, diracun, dibakar, ditanam, dimakan anjing pun ada juga.
Mereka dibunuh atas dosa siapa?
Sungguh tidak berhati perut manusia2 ini. Sedangkan haiwan sayangkan anak mereka walaupun tidak punya akal fikiran . Sebenarnya adakah mereka lagi teruk dari haiwan ?
"Tolonglah..Tolonglah hentikan.. "
Tak tahu pada siapa rayuan ini harus ditujukan. Tapi hati tak sanggup lagi melihat. Cukup-cukuplah pedih yang dirasakan..
Akhirnya menitis jua airmata,
Menangis jua hati yang hiba,
Pedih hati yang luka,
Melihat manusia kian binasa...
Tak tertahan rasanya hati. Sakit, pedih, marah, geram. Semuanya bercampur sebati. Apakah yang boleh dilakukan? Kalaulah semua ini boleh dihentikan hanya dengan menekan button, rela saja jari ini yang menekannya. Andai saja semua ini dapat dihentikan dengan hanya mencabut baterinya, rela saja tangan ini yang mencabutnya..
Apalah gunanya kemajuan dan kemodenan negara hari ini jika seiringnya akhlak bangsa jatuh merudum rosak tercela? Apa gunanya?
Sehingga ke tahap ini pun, di luar sana masih bersepah manusia yang hanyut. Yang lupa diri. Yang hidup seolah dunia ini miliknya. Dua tiga hari ini hati terasa amat sakit dek masalah manusia yang tak sedar dirinya bermasalah! Akhirnya menyusahkan orang lain dengan masalah dirinya.
Sedarlah diri!!!!
Kenapa sangat marah ni?
Apa alasan untuk tidak marah? Melihatkan sikap manusia yang semakin mempamerkan kebinatangan hatinya.. Sana sini berita pembuangan bayi. Inikah yang dikatakan Malaysia Boleh? 1Malaysia boleh buang bayi? Ke mana perginya kemanusiaan manusia2 ini? Belum sedar diri lagikah? Bila nak sedar? Berapa nyawa lagi yang harus menjadi mangsa? Berapa nyawa lagi yang harus menjadi sampah2 di tepi jalan, di tangga masjid dan surau, di dalam tandas, di dalam plastik? Gelapnya hati manusia yang sanggup melakukan semua itu. Sungguh gelap!
Tak perlu rasanya kita laungkan "Jauhi seks sebelum nikah". Memadai dengan "Jauhi bercinta sebelum nikah", SEKIRANYA MEREKA FAHAM...
Malangnya ramai yang tidak faham. Memberi berjuta alasan yang sebenarnya tak lain hanyalah membela nafsu sendiri. Tak perlulah nak senaraikan segala apa pun keperluan bercinta sebelum nikah kerana jika Allah dah larang tu maknanya tidak ada satu kebaikan pun padanya.
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Memang mereka tak faham kalau masih nak mempertahankan alasan mereka tu.. Bacalah perintah Allah tu beratus2 kali supaya hati faham dan jelas. JANGAN HAMPIRI zina!!!
Masalahnya manusia ni tak ambil ayat2 Allah tu sebagai perintah. Sebaliknya ambil sesuka hati dia saja. Mana yang dia suka dia ambillah. Inilah masalahnya! Bila ambil Islam separuh-separuh. Mana yang suka, ambil..Mana yang tak suka, buat tak tahu jelah..
Padahal terang2 Allah jelaskan dalam ayatNya:
“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kepada Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kamu.” (Qs al-Baqarah [2]: 208).
Allah suruh tutup aurat, dia pakai baju. Dah nama pun dia nak pakai baju, dia kata suka hati dia la nak pakai baju yang macam mana. Macam bungkus buah nangka pun dia pakai baju jugak. Nampak berketul sana berketul sini pun dia pakai baju jugak tu.. Dah niat dia nak pakai baju.. Pakai baju jelah.Bukan dia niat nak tutup aurat pun.. Niat pun dah salah..
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya.
Tak payahlah nak bagi alasan itu ini kalau semua alasan tu hanya nak menghalalkan yang haram. Setakat nak menegakkan benang yang basah tak perlulah. Apa alasan sekali pun!
Kenapa masih nak bagi macam2 alasan? Sedangkan sedang berhadapan dengan perintah Allah, samalah seperti sedang berhadapan dengan Allah. Mampukah seorang hamba nak mempersoalkan hukum tuannya? Sedarlah diri!!
Kalau setakat bagi alasan mereka ada akal, masih waras, takkan sampai boleh berzina.. Sudahlah. Mula2 memanglah hampiri dulu. Tapi kalau dah lama2 tu, tahan ke setakat hampir je? Allah tahu kemampuan ciptaanNya sebab tu Dia larang. Tapi manusia yang ingkar ni samalah macam anak yang degil tak dengar cakap mak ayah.. Mak dah larang jangan main tepi sungai nanti jatuh. Anak degil, dia main jugak. Dia main tepi2 sungai je, bukan terjun dalam sungai pun. Akhirnya tergelincir...Jatuhlah!
Macam tu lah manusia yang Allah kata JANGAN HAMPIRI!, tapi dia degil!
Nak pertahankan apa lagi? Dah banyak bukti pun. Dah banyak kes pun..
Alahai... lemahnya manusia sampai tunduk pada nafsu...
Manusia yang sanggup lakukan semua tu memang ego. Memang pentingkan diri. Memang tak sedar diri..Hatiku sakit sekali melihat manusia yang tak sedar diri masih berseronok, berketawa sedang segala tingkahnya tak lain hanya menyumbang ke arah kemaksiatan. Bila pergaulan tidak dijaga, lelaki perempuan bertepuk bertampar bagai tak ada dosa.. Masih berselesa melihat dunia kian diancam bala.
Kalau sebelah pihak, jangan sewenang2nya keluarkan kenyataan yang dia mampu jaga diri dari terjebak zina bila bercinta. Dia tahu ke kemampuan pasangannya? Bila perempuan kata dia mampu, fikirkan tentang lelakinya! Bila lelaki kata dia mampu, fikirkan tentang dirinya. Jangan mulut kata lain hati kata lain. Takut2 bila lelaki tak mampu, tapi mengaku mampu pada pasangan cintanya itu, akhirnya insan lain menjadi mangsa!
AWASI JARAK, Anda mampu mengubahnya...
Jika sudah terjebak cinta sebelum nikah, carilah penyelesaiannya segera mengikut hukum Allah. Malulah pada Allah yang Maha Melihat. Jangan hanya malu pada cctv. Sedang kuasa melihat cctv sikit pun tak tertanding kuasa melihat Allah..
Cukuplah generasi yang sedang dirosakkan oleh berbagai ancaman hari ini.. Jika hari ini begini coraknya, tergambarkah corak anak bangsa yang akan datang? Na'uzubillahi minzalik..
Cukuplah dengan angka buang bayi yang sudah menjejak lebih 200,000.. Tak perlulah ditambah lagi. Kesiankanlah anak2 yang tak berdosa tu. Tak perlulah ditambah lagi anak yang harus menjadi mangsa nafsu ibu ayahnya..
Cubalah dengar nasyid daripada Mestica ni. Pasti terusik walau sedikit bahagian hati
Wajah Suci
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Tolonglah sedar...Janganlah ada lagi kes buang bayi ni.. Bayi tu tak bersalah langsung! Tapi mak ayah dia yang patut dibuang dalam tong sampah. Mak ayah tu yang hina!
Na'uzubillahi minzalik..Mohon Allah jauhkan kita semua daripada perkara2 macam ni.. Sementara masih ada peluang menjauhi, janganlah menghampiri... Tolonglah...

No comments:
Post a Comment