Thursday, May 27, 2010

Nasihat 1


Salam semua!
Sihatkah? Aku kira, aku terlalu aktif menulis blog @ mengupdate blog. Sebenarnya seperti juga friendster, facebook dan bermacam2 lagi laman web seperti ini, semuanya atas dorongan orang2 lain. Dulu, masa mula2 buka akaun, memang sangat aktif dan ketagih dengan laman2 web tersebut. Tapi, alhamdulillah, kini aku tidak lagi seaktif dulu dan juga aku dah x suka lagi main "games" yang ada di dalam facebook. Lega kerana semua ini sememangnya melalaikan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bersifat ilmiah seperti membaca buku, artikel2 agama atau pengetahuan am dan banyak lagi sebenarnya masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Akaun friendster dibuka oleh kakak ku semasa aku menginap di UM, Facebook pula disuruh oleh kawan2 ku..
Beginilah, hendak dipendekkan cerita, sebenarnya aku ada terbaca artikel mengenai kenapa perlunya mendelete akaun facebook, friendster dan sebagainya.

Ayat2 penulis yang kekal di ingatan ialah
"Sepanjang kita menghabiskan masa selama 30 minit sehari membuka laman web sosial tersebut, apakah benda yang bermanfaat yang diperolehi?
Pada pendapat aku, manfaatnya memang kurang

Penulis tersebut menganalogikan 30 minit yang dihabiskan melayari internet dengan sekiranya kita membaca Al-Quran dalam 30 minit tersebut, agak2 nya la ada la dalam setengah juzuk berjaya dihabiskan.

Menarik bukan?

Dalam buku Why I embraced Islam
Ramai org2 yg bukan Islam sebelum memeluk Islam, mereka telah menghabiskan masa2 mereka dengan membaca translation Al-Quran dan juga banyak buku2 berkaitan Islam. Akhirnya, mereka diberikan hidayah lantas terbuka hati untuk memeluk Islam.
Ada di antara mereka yang tersalah membaca translation yang dibuat oleh musuh Islam bertujuan memesongkan kefahaman mereka tetapi akhirnya mereka sendiri menyedari hal tersebut dengan terus membaca. Kita seharusnya menjadi persis mereka bukan? Cuba sebaik mungkin membentuk sifat dahagakan ilmu pengetahuan.

Sebenarnya adalah sesuatu yang memalukan jika kita tidak mengenal agama kita sendiri. Bagaimana jika seseorang yang bukan Islam bertanya mengenai Islam kepada kita tetapi kita kelu dan tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan kepada mereka?

Dengan itu, aku berharap agar masaku dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Aku tidak akan mendelete akaun2 aku tetapi membukanya bila perlu sahaja.


Masa muda jangan dipersia-siakan agar kelak tidak menyesal.
Bangkitlah untuk berubah.
Peace, No War!
Blog ini bertujuan meluahkan isi hati aku dan untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa sekadar termampu.

Kadangkala apa yang ditulis lebih bermakna dari perkataan. Mulut kadangkala tidak mampu mengukapkan atau meluahkan tapi dengan menulis atau berkongsi, sekurang2 nya ada juga insan yang sudi membaca untuk bersama renungkan dan mengambil iktibar.
Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan.

No comments:

Post a Comment