Salam semua,
Maaf di atas pengunaan bahasa Melayu yang dirojakkan oleh empunya diri ini. Semua ini dilakukan tanpa kesedaran dan akhirnya saya disedarkan oleh cikgu bahasa saya yang kecewa dengan pelajar-pelajar beliau yang tidak mengaplikasikan bahasa yang diajarkan di peringkat sekolah. Saya cuba setakat yang boleh je lah.Lagipun, saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang dalam bahasa ibunda sendiri lantaran pernah gagal dalam bahasa Melayu tetapi berlainan pula dengan bahasa Inggeris dan bahasa Arab walaupun tidak sehebat mana dalam bahasa tersebut. Tapi semua itu ceritera lama zaman persekolahan, tapi masih kekal dalam ingatan. Keputusan SPM, 1A untuk BM, 2A BI dan 3B untuk BA..(e_e)
Saya terpanggil untuk menulis sesuatu apabila teringat akan kata-kata seorang juruteknik makmal pergigian prostodontik. Gaya beliau seperti seorang bapa yang sering menasihati pelajar2 terutamanya pelajar yang dia minat untuk bersembang ketika menyiapkan tugasan2 yang diberikan. Dia gemar menasihati dan menduga saya dan rakan-rakan lain juga.
Ayatnya pada suatu hari, "Perempuan ni sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seorang lelaki"
Reaksi saya ketika itu,berdiam untuk dengan kata2 nya yang selanjutnya. Dan kemudian membalas." Ye ke? Tak semua perempuan macam tu",
Betul mimi. Saya ni ramai kawan perempuan dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan lelaki tak kira lah status lelaki itu, sudah berpunya ataupun suami orang.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kaum Hawa ini boleh menjadi penggoda, perampas dan sebagainya untuk memuaskan hati mereka tetapi kaum Adam pula bagaimana? Kadangkala mereka tidak tahan dengan godaan kaum Hawa ini lantas ikutkan nafsu tanpa memikirkan natijah ke atas diri mereka dan keluarga mereka. Maka berlakulah situasi yang dinamakan curang dan sewaktu dengannya.
Begitu juga situasinya dengan si Adam. Jika mereka berkehendakkan seorang perempuan, kadangkala mereka sangup melakukan sesuatu di luar batasan seperti membunuh, merogol dan sebagainya.
Na'uzubillah.
Betapa manusia zaman ini ramai yang "sakit".
Sakit di jiwa, runsing fikirannnya, serabut kehidupannya dan macam-macam lagi.
Perkara begini tidak boleh dibiarkan, takut menjadi parah dan barah dalam masyarakat.
Baliklah dan kembalilah kita kepada Pencipta,nescaya kembali pulih semuanya kerana fitrah manusia itu untuk mendapatkan kembali ketenangan ialah dengan kembali kepada Pencipta mereka.
Semanis kurma, yang dikendalikan oleh Ustazah NorBahiyah dan suami, Ustaz Wan Akashah
mamberi tips dengan berdoalah kepada Allah, yang menciptakan suami @ isteri tersebut.
Allah Maha Berkuasa atas setiap makhluk ciptaanNya. Mari bersama menjaga kerukunan rumahhtangga masing2 dan orang lain. Jangan terlalu ikutkan hati.
Pepatah mengatakan "Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
Ramai jejaka di luar sana yang masih single. Mengapa suami orang juga harus direbutkan?
Mungkinkah juga "suami orang" ini lebih bersifat kelelakian, lebih berani dan lebih caring?
Entahlah, tapi kadangkala hakikatnya memang begitu.
Walaubagaimanapun, fikirlah sebaiknya dan semoga bertemu dengan pilihan yang terbaik.
Cerita 2:
Pernahkah anda melihat tangan lelaki terketar2 di hadapan anda? Kenapa?
Aku pernah tengok 3 kali:
1. Masa si panjang cuba setkan broadband aku. Aku beli broadband dgn dia, so dia la kena setkan. Tiba2 tgn dia shaking.
2. Masa abg yong sua pinggan lauk kat aku. Beria-ria benar dia ni, even I can see the shaking.
Dia ni salah seorang anak family angkat kat Terengganu.
Masa tu, semua pon terkejut. Aku pon.
3. Ketika juruteknik pergigian yang sudah agak berumur melakukan tugasan.
Kenapa? Nervous agaknya! Entahla.. They know better.tapi shaking ni ada juga disebabkan faktor usia dan kerja2 harian seperti situasi 3.
No comments:
Post a Comment