Dalam cerita Roh Kembali,
Tertarik daku kepada sesuatu yang menarik iaitu, benda hidup. Roh dan tubuh.
Banyak orang yang sentiasa mahu tubuh cantik tapi banyakkah antara kita yang sentiasa mahukan roh yang cantik?
Banyak juga wang dan harta dihabiskan agar tubuh sentiasa sihat dan cantik. Semuanya meliputi penjagaan harian seperti mandi, makanan yang berkhasiat dan seimbang, makanan tambahan, vitamin dan banyak lagi produk2 kecantikan.Tidak terkecuali ada segelintir masyarakat kita yang terdorong untuk memakai susuk dan menggunakan ilmu2 kurafat bertujuan mencantikkan diri.
Aku ada menonton Al-Kuliyyah bertajuk "Susuk". Ada ditunjukkan secara live seorang pesakit yang mahu berubat dengan seorang ustaz melalui perubatan Islam dengan menggunakan air zam-zam, piring putih dan bacaaan2 Al-Quran untuk membuang susuk dan dengan izin Allah, susuk berlian berjaya dikeluarkan. Air zam2 bersifat seperti magnet, menarik susuk2 yang tertanam dalam tubuh pesakit2 tersebut.
Apakah kesan negatif akibat dari susuk. Nasib baik aku sempat salin. Boleh lah dikongsi bersama:
1. Selalu bermimpi ngeri seperti dipatuk ular menunjukkan bahawa sihir meresap masuk ke tubuh atau seorang bayi yang menyusu dengan pemakai susuk tersebut.
2. Mempunyai qadam@ jin secara tak langsung
3. Ada pantang larang seperti tidak boleh makan sate, buah-buahan berbulu seperti kacang bendi , terung dan kiwi
4. Kalau perempuan, susah dapat anak sebab sentiasa keguguran
5. Tidak lepas kalau mahu menaiki pesawat disebabkan terhalang oleh mesin pengimbas
6. Tidak boleh dengar azan
7. Jiwa sentiasa resah dan gelisah
Berapa banyak pula dihabiskan untuk roh kita sentiasa sihat dan cantik. Memang benar dan tidak dapat dinafikan bahawa roh itu tersembunyi, tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Tetapi adakah sesuatu yang tersembunyi juga tetap memerlukan makanan yang tersendiri seperti juga tubuh kita yang dapat dilihat.
Apa makanan roh ? Sebenarnya aku juga kurang mengetahui pasal ini, tetapi yang pasti makanannya ialah amal2 baik termasuk amalan wajib , juga amalan2 sunat dan sebagainya.
Cantikkah roh kita ini berbanding paras rupa kita?
Apabila saat kematian tiba, roh akan dicabut dari tubuh.
Tubuh akan ditanam dan akhirnya dimakan ulat, cacing dan makhluk2 yang tinggal di dalam tanah manakala roh kita akan diangkat bertemu pencipta, ALLAH.
Aku pernah dengar bahawa penghafaz2 Al-Quran, tubuh mereka akan terpelihara dari dimakan ulat.
Fikir2 kan dan selamat beramal
No comments:
Post a Comment