Friday, May 7, 2010

Akal dan Kecerdikan Wanita

''Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetpi yang buta ialah hati yang di dalam dada'' [22:46]


Antara cantik, kaya dan cerdik, yang lebih utama dimiliki oleh seorang wanita itu ialah kecerdikan. Wanita- wanita yang terkenal di dunia, kebanyakannya adalah wanita yang cerdik.

Cleopatra misalnya, memang seorang yang cantik. Tetapi kalau tidak kerana kecerdikannya, ia tidak akan dapat menundukkan Julius Caesar. Marie Antoinette pula bukanlah satu-satunya wanita tercantik masa itu, tetapi kerana kecerdikannya ia dapat mempengaruhi Louis XVI sehingga tampilah ia sebagai wanita yang paling banyak menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi.

Begitu juga dengan tokoh-tokoh wanita solehah yang menjadi ikutan sepanjang zaman, semuanya adalah wanita-wanita yang cerdik. Sayidatina Aisyah r.ha, terkenal bukan kerana kecantikannya. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa dalam hal kecantikan, ada isteri Rasulullah yang lain yang lebih cantik daripada Siti Aisyah. Kemasyhuran Sayidatina Aisyah lebih menonjol kerana faktor kecerdikan dan kepetahan lidahnya.

Sayidatina Fatimah bt. Rasulullah, walaupun cantik tetapi bukan kecantikannya yang disebut-sebut orang. Beliau dikenal kerana kecerdikannya dalam mengendalikan rumahtangga yang harmoni bersama Sayidina Ali bin Abi Talib k.w.

Mereka yang disebutkan di atas adalah segolongan wanita cerdik yang bukan saja terkenal di bumi (di kalangan manusia) tetapi juga terkenal di langit (di sisi Allah).

Di antara dua kelompok wanita itu, ada kesamaannya, iaitu sama-sama cerdik dan sama-sama terkenal. Namun, kesan mereka terhadap imej wanita sangat berbeza. Kalau disebut saja nama-nama Cleopatra, Marie Antoinette dan seumpamanya maka akan terbayang bentuk-bentuk wanita yang agresif, punca rasuah, keras kepala atau penghancur karier lelaki. Sehingga timbullah gelaran-gelaran kepada mereka; wanita penggoda, wanita pemboros.pendek kata,mereka-mereka ini cerdik akal,tapi buruk akhlaqnya.

oleh..AmirShah

P/S : teringat pesan seorang penceramah kpd hadirin , kahwinilah wanita yg berpendidikan bersesuaian dengan si lelaki, agar rumahtangga berkekalan. Kerana jika perbezaan terlalu ketara cthnya si lelaki lulusan degree in engineering dan perempuan lulusan spm..Pemikiran dan pendidikan yg berbeza mungkin memberi keserabutan dan menjadi bhn jika berlaku sesuatu masalah, pergaduhan dan sebagainya kepada pihak y berkaitan, suami ke isteri..Paham tak? Itu kata penceramah tu.

No comments:

Post a Comment