Wednesday, May 19, 2010

Dipetik dari buku Keistimewaan Makkah, Raja Mariam Raja Mohd Iskandar

Ibadat haji merupakan ibadat yang sangat istimewa. Ini kerana ia merupakan ibadat fizikal, rohaniah dan harta.

Solat dan Puasa: merupakan ibadah fizikal dan rohani.
Zakat :ibadat harta serta menyucikan diri.
Haji mengabungkan semua elemen-elemen tersebut iaitu fizikal, rohani dan harta.

Setiap kita yang ingin menunaikan haji mesti memiliki hati yang ikhlas, fizikal yang sihat dan harta yang boleh dibelanjakan.

Di dalam Al-Quran , Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud:

" Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.



No comments:

Post a Comment